BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 31, 2008

Gabra

Hari ni cam biasa tak gi mana2 sebab kat luar sejuk sangat. Bangun pagi, 0 degC. Ingatkan nak gi Tesco Hayes sebab barang2 pun banyak yang dah habis. Tapi tunggu petang lah selepas sembahyang asas. Sedang aku asyik melayan internet, aku dengar suara isteriku kat dapur sedang kesakitan. Aku pun dengan setangkas superman terus ke dapur dan aku dapati isteriku terjatuh. Dalam hati mungkin Ina terhantuk kat mana. Lepas tu aku dengar dia minta air. Sedang aku ambilkan air rupa2nya dia hampir tak sedar diri. Lalu dengan gelabahnya, aku terus peluk dia dan berikan dia air. Selepas tu baru dia tersedar dari pengsan yang tak sampai pun 30 saat. Rupa2nya dia tersedak sebab makan goreng pisang. Tapi tulah, nasib baiklah aku ada kat rumah. Andai kata aku tak de kat rumah cam ne ye?

Perkara ni sebenarnya pernah berlaku 1 kali dulu semasa isteriku bersalinkan Sumayyah kat Hospital Seremban. Masa tu aku dan Juli menemani Ina dalam bilik air selepas keluar dari labor room. Tapi tulah, kadang2 kita tak boleh nak tentukan kalau perkara ni nak berlaku di depan kita. Itunya penting kita amalkan doa2 pendinding terutama untuk keselamatan diri dan keluarga kita. Aku ni cakap aje pandai, buatnya tidak he he he.

Tapi bila duduk jauh dari keluarga ni, aku memang rasa gabra yang amat sangat bila teringatkan kejadian pagi tadi. Sampai ke malam ni, Ina nampak lemah dan dada sakit. Dia nak makan pun susah. Dia rasa macam salur makanan dia mengecil. Kesian tengok Ina. Mudah-mudahan perkara ni tidak la memudaratkan Ina. Amin.

Dalam kalut2 dan sibuk pikir nak masak apa malam ni, aku bersyukur sangat dengan kebesaran Allah. Yelah, Ina dah tumbang, kena la aku masak. Tengahari tadi dah masak nasi goreng... Dalam jam 6 lebih, tiba2 handphone aku berbunyi. Handphone ni selalunya berbunyi kalau mak aku dari Malaysia call. Dia baru je call aku pukul 3 tadi. Siapa agaknya? Rupa2nya abang Zainal yang duduk dekat jugak dengan rumah aku ni. Dia minta aku turun sebab ada lauk untuk kami. Masak lemak ikan salmon...Best giler. Tapi yg penting, aku tak perlu nak masak mlm ni. Hanya masak nasi. Syukur alhamdulillah. Terima kasih untuk abang Zainal dan Kak Linda. Sedap masak lemak akak.

Sunday, December 28, 2008

SELAMAT AWAL MUHARRAM 1430H

Hari ni macam biasa, waktu pagi tak de aktiviti yang aku buat. Ingatkan nak gi car boot kat Uxbridge, tapi cuaca tak mengizinkan, terlalu sejuk kat luar tu. Hari ni 1 degC. Nak mandi pagi pun malas. Lepas aje sarapan aku pun tengok kartoon ngan Abbas. Sambil tu boleh gak aku menyakat anakku yang sorang ni sampai dia menangis. Biasalah, aku ni memang kuat menyakat anak2, sampai aku tengok bakat tu turun kat Abbas. Dia kalau tak kacau kakak dia satu hari memang tak sah. Kadang2 geram juga aku kat dia, tapi salah aku gak, sebab dia ikut cara aku kot. Ialah bak kata pepatah “mana tak tumpah kuah, kalau tak kat nasi”.

Dalam kul 12 aku cakap ngan Ina nak bawa budak2 gi Garden. Sebab dah janji ngan budak2 hari tu, jadi kenalah tunaikan janji. Kalau tak, puas nak jawab soalan dgn Abbas and Sumayyah. Kami ke Cowley Recreation Ground tak jauh dari rumah. Taman ni memang cantik, tepi sungai yang ada orang berumah dalam bot. Kadang2 aku pun pelik ngan manusia yang bernama org putih ni yang boleh hidup dalam bot, tak de rumah. Kalau akulah, memang tak mampu. Setakat nak duduk dalam 1 jam tu bolehlah. Sedang seronak budak2 main, Mayyah datang kat Mama dia beritahu dia nak poo poo. Memang leceh, pasal kat sini memang payah nak cari toilet. Sebab apa, pasal memang tak de. Jadi.. samada kena balik rumah atau cari tempat lain. Nasib baiklah budak2 ni dah main agak lama, kalau tak... orang yang paling marah ialah Abbas.







Lepas tu aku pun menuju ke arah Slough, ada taman jugak. Manalahh tahu ada toilet kat situ. Tapi tulah.. UK.. kat stesen minyak pun tak de toilet. Kemudahan memang kurang kalau nak di bandingkan dengan Malaysia. Bayangkanlah shopping complex kat Uxbridge yang besar tu pun cuma ada 1 toilet. Mungkin bangsa mereka ni tak suka gi toilet kot. Oklah, kita tak yah cerita pasal toilet lah. Dalam perjalanan nak ke Slough tu memang ada lagi 1 taman (Langley Park). Memang besar dan ada tapan tanda toilet, tapi toilet dia berkunci. Hampeh betul. Lepas tu apa lagi, Ina pun cuba la menyelesaikan masalah Sumayyah tu. Paham2lah cam ne kan. Tak yah cerita. Memalukan. Yang bestnya tak poo poo pun, wee wee aje.

Oklah, Langley Park ni memang besar dan cantik. Sampai naik longoh kaki aku kena tolak stroller Soffiya. Nak di jadikan cerita, pengalaman yang aku tak leh nak lupakan kat sini, Sumayyah kena kejar dengan anjing. Kesian kat dia, sampai menjerit dia menangis. Kalau tak de tuan dia tadi, memang aku terajang aje anjing dia ngan safety boot aku. Lepas tu tuan anjing tu buat tak tahu aje. Minta maaf pun tidak. Memang dasar orang putih spesis BAHALOL. Geram betul aku...

Tak berapa lama lepas tu, mak aku dari Malaysia telefon. Dia tanya yang aku ni dah baca doa akhir dan awal tahun ke belum. Aku cakap, lom lagi. Tapi dalam hati, memang aku lupa. He he he. So aku cakap ngan Ina kol 3 kita kena sampai rumah. Maghrib plak masuk kul 4. Tu yang nak kena kejar tu sebab lepas sembahyang asar kena baca doa akhir tahun dan lepas maghrib pulak kena baca doa awal tahun.








Mungkin tulisan ni tulisan terakhir aku dalam tahun hijrah. Dalam kesempatan ni aku nak ucapkan pada diri aku dan keluarga aku, Selamat Menyambut Awal Muharram 1430H dan Selamat Tahun Baru yang tinggal beberapa hari lagi.

Friday, December 26, 2008

BOXING DAY

Boxing day???? Apa tu? Aku masa mula2 tahu perkataan tu, pelik gak. Bila tanya ngan kawan, dia cakap hari membuka hadiah bagi yang menyambut christmas. Jadi bagi yang tidak menyambut christmas macam kami ni, boxing day adalah hari SHOPPING.he he he.
Hari ni, aku dengan 5 keluarga yang ada kat sini dah rancang awal2 nak gi Bicester Village. Pasal hari tu aku pergi tak dapat nak beli apa2. So aku cakap ngan Ina, apa kata boxing day kita pegi balik. Aku tak puas hati. he he.

Jadi hari ni seawal pagi, kami berkumpul kat depan umah Sofi. Sebab apa kena pegi pagi? Sebab ramai orang yang akan datang kat sana. Takut susah dapat parking. Alhamdulillah perjalanan tidak menghadapi kesukaran, cuma cuaca hari ni sangat sejuk (1-4C). Jadi kami sampai dalam kul 10 kat sana dan kedai baru buka. So kami tak de masalah parking.

Bila masuk aje kawasan menyoping ni, shop yang mula2 sekali yang aku nak pergi ialah Timberland. Sebelum tu aku nak beritahu, kat sini aku jumpa ramai gak orang2 Malaysia. Jadi, pada pendapat aku, orang2 Malaysia ni memang kuat Shopping.He he.
Ok berbalik kepada kedai Timberland tu aku and Ina dapat kasut baruuuu. Memang dah lama pun nak beli kasut tu, tapi kat Malaysia mahal sangat. Kat sini walau dah convert pun still lagi murah. Harga tah berapa kali turun pun aku tak tahu. Hari tu aku pergi harga murah, and hari ni aku pergi lagi murah. Nasib baik tak beli hari tu, kalau tak.....menyesal tak sudah.

Lepas tu aku masuk kedai Levis lak, sebab Ina nak cari seluar jean yang dia tak berapa ada.... Kat Levis ni ramai gak orang, so pening gak nak pilih seluar kat sini. Maklumlah aku ni kan ada 3 tentera yang tak makan saman. So aku banyak duduk kat luar kedai aje. Jadi hari ni bertambah 1 helai lah seluar jean Ina. Dah ada berapa helai na???? Aku tak beli apa2 sebab kat rumah aku tu ada Charity shop. Aku beli kat sana aje. Dah dapat 3 helai levis kat situ, Murah aje 1 helai 3pound. He he he. Banyak gak kedai yang kami dah masuk, dan kedai yang terakhir aku masuk, kedai Monsoon yang buat sale semua barang setengah harga. Kat sini Ina belikan anak2 topi and baju. Aku dapat sarung tangan kulit yang memang dah lama aku cari. Pasal sarung tangan biasa tak boleh tahan sejuk.Sebab tangan aku memang tak tahan sejuk. maklumlah tangan orang melayu, mana tahan sejuk. Tempat lain ada gak jual tapi mahal, kat sini aje aku dapat murah.

Keluar aje kadai selisih ngan Nadia, dia beritahu ahli rombongan semua dah ada kat keta. Walaupun aku tak habis lg untuk shopping, tapi aku puas hati sebab dah beli barang yang aku nak, cuma anak2 aje yang marah sebab tak dapat nak pergi playground yang ada kat situ. Tak pe, nanti Baba bawa kat tempat lain ye....

Destinasi kami seterusnya ialah gi Oxford. Oxford antara tempat yang menarik, cantik dan mahal kat UK ni. Parking pun mahal. Patut la student Malaysia kat sini dapat duit sama rate dgn student yang belajar kat London. Harga sewa rumah dia aje murah sikit aje kalau nak di bandingkan dgn Center London. Kalau aku duduk kat sini.... heee takut. Okford University memang cantik, tapi tak dapat nak ambil gambar sebab hari dah gelap. Tapi tak pe, lain kali boleh datang lagi. Tak jauh mana pun dari rumah.

Lupa lak nak beritahu, kat Oxford ni aku ngan Ina beli baju Oxford University. Cantik dan serupa cuma berbeza saiz aje...























Inilah hasil dari boxing day

Thursday, December 25, 2008

CHRISTMAS

Hari ni tak pernah seumur hidup aku gi raya Christmas kat umah orang. Pada mulanya malas nak gi raya umah auntie ni. Maklumlah baru kenal. Tapi honey aku lah yang sibuk sangat. Bukan apa, setiap kali dia g school, setiap kali tu la dia akan terserempak dengan auntie Cynthia tu dan setiap kali tu la dia sibuk mengajak datang rumah. Sampaikan dia terpaksa menyorokkan diri bila nampak auntie Cynthia naik bas yang sama. So, Ina pun berjanji la nak datang masa Christmas. Yang bestnyer kami pergi beramai2. Family aku, Saufi dan Jailani. Lagipun tujuan sebenar kitaorang selain dia suruh datang ialah nak tanya pasal kerja kat Heathrow. Dia nak tolong kitaorang dapatkan kerja kat sana.

Berdebar gak aku masa nak datang rumah dia. Rumah orang kristian la katakan. Ketuk pintu, anak lelaki dia yang bukakan. Pekat betul Inggerisnya tapi muka macam Cina Malaysia. Dari atas dah dengar suara auntie Cynthia suruh masuk. Peramah betul dan pandai cakap melayu. Rupanya dia asal Singapura dan dah lama tinggal kat London. Suaminya orang Melaka (pencen askar Singapura British).

Yang best ayat pertama auntie kat aku. "Kau mau minum beer?" Kat Ina and orang perempuan dia tanya nak wine tak. Tersedak gak aku bila dengar. First time tu orang offer minum. Tapi bagus auntie ni... dia layan kitaorang best betul. Walaupun takde makanan apa2 tapi mereka memang menghargai la kitaorang sebagai tetamu. Dapat pula uncle..suka betul dia berborak dengan Jailani.

Dalam pada masa yang sama, Ina and kengkawan dia sibuk gak tanya pasal kerja. Bukan main happy dia bila kita tanya. Memang dia nak tolong. Rupa2nya dia pernah kerja di Heathrow dulu2. Patut la dia tanya kalu nak kerja kat sana. Kitaorg kata dapat kerja cleaner pun ok gak. Mohon2 dapat la kitaorg kerja kat Heathrow tu. Amin.

HYDE PARK

Semalam aku sekeluarga bersama-sama dengan beberapa warga Brunel pergi ke Hyde Park. Hyde Park ni kalau kat Malaysia macam ala-ala funfair. Tp ia lagi canggih. Kami gi naik tube dari Uxbridge selama 1 jam dan berhenti kat Hyde Park. Hari ni cuaca pun ok, tak berapa sejuk dari minggu lepas. Biasanya kat sini budak-budaklah yang seronok. Bila lihat anak-anak gembira aku pun tumpang gembira gak, maklumlah sesekali dapat keluar rumah, seronok la mereka.













Lepas tu kami ramai-ramai terus gi MSD naik bas. Nasib baik kedai makan masih buka, kalau tak, lotih je la jalan kaki. Aku tengok lauk dah tak berapa menyelerakan, biasalah kedai pun dah nak tutup. Aku order teh tarik (tawar gila). Dalam kul 10 kedai pun dah nak tutup, jadi kami pun jalan kaki gi Bayswater Station naik tube gi Baker Street dan tukar tube terus ke Uxbridge.



Sunday, December 21, 2008

BICESTER VILLAGE AND COVENTRY

Perjalanan kami minggu ini ke Coventry, rumah kawan Ina (Marina). Kalu memandu dalam sejam 44 minit..jauh gak kan. Tapi takpelah, saja bawak bebudak jalan sebab Marina ada anak sebaya dengan Khaireen and Abbas. Before ke Coventry, kami singgah di Bicester Village. Marina kata shopping heaven... Betul ke?



Dah nak sampai Bicester Village dah... berdebar2 gak nak masuk. Tak soba pun yo gak

Kat tempat parking pun dah nampak dah kodai2 branded... Mahal ke tak mahal ke, tak kisah. Yang penting kitaorg nak jalan2 cuci mata. Beli tak beli lain cite kan..



Jimmy Choo pun ada

Ada Dior...

Timberland pun ada.. murah tu. Convert RM pun still murah

Ingat cuci mata jer...sekali Clarks wat massive clearance. Soffiya menangis nangis nak kasut baru sampai satu kodai dok pandang kitaorg. Terpaksa la beli.. murah gak tu. Memang murah lah.. tapi tunggu la Boxing Day. Lagi murah derang cakap.







Set ni dalam 19 pound...less dalam 70% gak. Ada gak bertembung dgn org Mesia yg study kat Leicester Uni. Ada la dlm 3 keluarga. Best biler jumpa org Mesia ni...

Apa2 pun memang kena repeat... kena gi masa Boxing DAy. Kitaorg dah aim dah beberapa barang. Tak tau la kan dapat ke tak..yg penting mesti lagi murah bila banding dgn RM. Lepas tu, kami meneruskan perjalanan ke Coventry. Hari ni pun kira orait.. dlm 10 - 16 deg. Nak sampai rumah kawan Ina tu ada gak terlajak 2 kali. Tapi alhamdulillah, tiada masalah and selamat sampai. Yang penting perut dah lapar..tunggu masa je nak ngapp...

Jalan nak menghala rumah Marina

Kat school Marina, Warwick University bersama Marina sekeluarga.. Soffiya takde. Tengah tido

Rupanyer Warwick University terkenal dengan Arts Center

Anak-anak Marina; Dayana and Rihanna (sorry la kalu salah eja ya Marina) and anak-anak den

Pintu gerbang ke Stoneleigh-Park. Ada car-boot..ini baru betul and best, Marina bawak

Royal Doulton Dessert Collection... Den tak tau pun mende mende. Ina yang beli. Murah dia kata...

Perjalanan minggu ni memang best.. Khaireen and Abbas pun seronok dapat main2 dgn kawan-kawan baru. Pastu tido lagi kat rumah kawan Ina tu kan..Makan lagi. Best betul. Nanti kena cari lagi kawan2 untuk kami terjah. Lagipun masa ni la nak cari kawan kat UK ni.. Nak cari adik beradik, mak ayah... jauh sangat. Harap kan kawan2 je la...Uhuk uhuk...