BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 30, 2009

Khas untuk Wani@Mesir

Untuk Wani yang tengah kemaruk nak makan. Sebenarnye Wani mesti rindu kat masakan Pak Teh kan. Eh.. bila pulak Pak Teh masak kat Malaysia ha?


Bahan-bahan untuk buat Telur Bistik ala Pak Teh
1) Ayam (isi sahaja) dipotong kecil (kalau potong besar jadi ayam kfc nanti).
2) Telur 3 biji untuk 5 orang makan (kalau org mosir kuat makan boleh letak 10 biji, nanti boleh jadi telur dadar).
3) Bawang besar, bawang putih, halia sikit yo. Ratio nya pandai2 la kan. Pastu bawang tu kasi potong dadu. Kalu tak berapa pasti cara potong, lepas potong tu kasi lambung kat cutting board. Kalau terlambung dengan baik maknenyer betul la tu cara potong...huhuhu. Jap, kalau pakai bawang merah lagi sedap. Kat sini susah nak dapat bawang merah. Kalau ada mahal la pulak pastu siap dengan tangkai pokok lagi. Bawang besar dia pulak...bapak besar cam buah oren. Eh.. ni nak masak ke nak membebel ni? Cam Chef Wan plak rasanya.
4) Kacang peas, jagung dan carrot. Lagi sonang beli frozen mixed vege.
5) Air asam jawa, sos cili, cili api, garam.

Cara-cara membuatnya:
1) Gaulkan telur dengan ayam dan goreng macam masak telur dadar. Guna kuali lengkung. Awas jangan hancurkan. Dah masak letak dalam mangkuk. (hehehe..tadi Makteh masak jadi telur hancur masak ayam daa..)
2) Tumis bawang2 dan halia cam biasa (guna minyak masak dan jangan sesekali guna minyak petrol walaupun kat Mesir minyak petrol tersangatlah murah)
3) Letak air masak + asam jawa dalam satu cawan. Pakai lemon lagi kaw.
4) Bila dah panas masukkan mixed vege, cili sos 2 sudu besar dan garam secukup rasa. Nak pedas letak cili api sesuka hati. Nak rasa pedas melaha, letak satu mangkuk.
5) Kalu nak likat, bancuh satu sudu tepung dengan air setengah cawan and letak dalam kuali tu (yelah..takkan nak buang dalam sinki pulak). Tepung gandum pun ok jer kalu takde tepung jagung.
6) Pastu rasa. Wajib ada rasa masam dan pedas. Kalau takde, meh datang sini makan. Lagi sonang,
7) Last sekali, letak mendealah tadi dalam mangkuk yang berisi telur dan ayam tadi (rujuk perkara 1 ya adik-adik).
8) Sekian saja dari saya yang biasa ini. Sebenarnyer cita-cita nak jadi tukang masak. Pastu kena paksa masuk sekolah pondok. Tapi nasib baik lepas belajar dapat masak kat pondok. Lagipun, saya ni kan orang pondok...

Maka, dapatlah Wani@Mesir yang tengah kelaparan tu makan. Tapi kalau tak jadi mesti kawan-kawan dia yang makan.

Tuesday, January 27, 2009

CEPATNYA MASA BERLALU

Hari ni genaplah 3 bulan aku dan keluarga berada di bumi UK. Masa terlalu cepat berlalu. Pejam celik pejam celik dah 3 bulan. Masih ada 33 bulan lagi aku perlu berada kat sini, InsyaAllah. Kalau diingatkan semula masa mula-mula datang sini dulu, rasa nak balik Malaysia aje. Dengan mak ayah takde, dengan adik beradik takde, dengan bibik takde, dengan sejuknya, MasyaAllah. Sabar je la waktu tu, memang aku rasa nak balik je. Tapi bila di fikirkan balik, itulah jalan yang kami pilih, dan tentunya itulah jalan yang kami kena ikut. Tapi itu cerita dulu yang menjadi kenangan manis aku sekeluarga. Sekarang ni alhamdulillah dah jauh berbeza dah. Cuma...ada bebrapa perkara yang membuat aku rindu kat Malaysia.

Aku tengok selain dari cara hidup berbeza, kebanyakan sistem kat sini pun berbeza. Kalau nak diikutkan ada sistem yang sama dengan Malaysia tetapi orang-orangnya di sini yang menjadikan sistem tu nampak berbeza. Banyak peristiwa yang selalunya menaikkan darah aku dan membuatkan aku selalu membebel dengan Ina. Ina seperti biasa mesti kelihatan 'cool' yang kadang-kadang pun aku naik hangin jugak. Tapi best gak ayat Ina bila dia balas. Dia kata, yang kita nak naik hangin tak tentu pasal kenapa. Diaorang nak buat camne pun ini negara diaorang. Kat Malaysia pun, kita ada sistem yang perlu kita ikut. Lagipun, memang kita yang datang sini. So, suka tak suka memang kita kena hadapi. Yang penting kita mesti hadapi dengan bijak. Itulah ayat yang selalu keluar dari mulut dia, sampai aku dah hafal dah. Siap aku leh tambah lagi. Tapi... ni aku nak tambah sikit, kalau dah tinggal dengan bangsa yang lembab, aku pun tak lama lagi jadi lembab macam orang-orang kat sini. Kalau diaorang boleh baca tulisan aku ni, tentu diaorang akan kepong rumah aku, siap dengan sniper lagi.he he he macam dalam filem-filem oarang putih tu.

Tapi sekarang alhamdulillah, terutama anak-anak dah mula dapat menerima yang Mama dan Baba dah bawa mereka jauh dari sanak saudara. Nasib baiklah dekat dengan rumah aku ada keluarga dari Malaysia yang anak-anak mereka sebaya dengan anak-anak aku. Yang terbaru dapat berkenalan pula dengan keluarga dari Brunei. Kak Hajah yang cukup baik melayan kami sekeluarga terutama anak-anak. Anak-anak dia pula dah besar remaja dan suka dengan budak-budak. Sebaya dengan anak-anak buah Ina yang memang suka bermain dengan anak-anak kami. Sekurang-kurangnya hilang rindu anak-anak dengan sepupu mereka di Malaysia. Aku cukup seronok tengok anak Kak Hajah bermain dengan Abbas. Yang bestnya, muka anak Kak Hajah yang bongsu macam muka Abbas, putih dan potongan rambut yang memang serupa. Apa-apa pun bagi aku yang penting, anak-anak happy. Macam laguuu "yang penting biar happy". Ada ke lagu macam tu? rasanya ada kot.

Aku pulak masa datang sini berat aku 75 kg. Last week aku jumpa scale 2.80 pound kat Hospicare bawah ni. Terkejut gak sebab berat aku jadi 70 kg. Turun tu... Memang aku rasa berat badan aku dah turun, sebab seluar semuanya longgar belaka. Ina pulak sibuk sebab berat dia naik dari 47 kg ke 49 kg. "Tak de maknanya dia naik tu na yoii" itulah kata-kata yang selalu aku cakap dengan dia. Ina selalu angin satu badan kalau aku cakap macam tu he he he. Itu baru 3 bulan aku kat sini, kalau 3 tahun mau berat badan aku kembali normal macam bujang-bujang dulu.

(Yang ni khas untuk mimi aje) Mimi(bakal DR) yang selalu komen Pak Teh pasal makan (sekarang ni dah tak dapat nak komen lagi), ni nak beritahu Pak Teh kat sini makan makanan yang berkhasiat aje. Kalau tak caya tanya dengan Mak Teh. Tu pasallah badan semakin slim sekarang ni. Dalam gambar memang nampak gemok, sebab kat sini kena pakai baju berlapis-lapis macam kek lapis. Poning rasanya kalau nak keluar rumah kena pakai baju berlapis-lapis ni. Kalau budak-budak tu tak yah nak cakaplah. Sampai Mama dia naik pening kena basuh baju. Nak basuh tak de hal, sebab mesin yang basuh, tapi nak sidai tu yang poning. Rumah pun dah jadi macam loundry, penuh dengan baju-baju tersidai. Nak sidai kat luar, alamat tak keringlah baju-baju tu sampai aku balik Malaysia nanti.

Yang bestnya tengok si Soffiya tu, apa aje orang makan dia mesti nak. Kalau kat meja makan tu dialah orang yang pertama yang akan naik ke meja makan. Kalau masa mula-mula datang dulu, dialah yang paling kesian, mungkin rindu dengan Bibi dia kot. Sekarang ni alhamdulillah dah ok dah, siap manja gila lagi dengan Baba dia.Aku kan Bapa mithali sekarang ni. Alamak cerita kat tv bestlah pulak (The bourne supremacy)lakonan Matt Damon filem best ni. Badan dia macam badan aku masa muda-muda dulu. Sekarang ni pun muda lagi. Aku kena berhenti kejap...... sambung lepas iklan....

Ok aku sambung balik cerita, cerita apa ye, aku pun dah habis idea nak cerita. Ok aku stop kat sini dulu. Tengok gambar kat bawah tu....

Tu gambar aku masa baya Abbas kot. Lupa nak tanya mak aku masa tu umur aku berapa. Engkauorang agak -agak berapa umur aku masa tu?
kalau aku tunjuk dengan Abbas, dia cakap tu gambar dia masa dia kecik. Macamlah dia sekarang ni dah besar, berak pun aku cebok lagi. Sampai dia menangis, dia akan mempertahankan yang dalam gambar tu adalah dia. Aku cam biasa memang suka sakat dia. Sampai Ina pun dah tak tahu nak buat cam ne. he he he

LAWAK BODOH 2

Teka-teki tah apa-apa tah

1. bagaimana masukkan zirafah ke dalam peti sejuk ?

2. monyet memanggil semua binatang datang mesyuarat?
tapi seekor binatang tidak hadir..

apakah binatang tersebut?

3. ada sebatang sungai, sungai tersebut terdapat banyak buaya. ada seorang budak mahu menyeberang sungai, dan budak itu berjaya menyeberang sungai tersebut. Persoalanya.. bagaimanakah budak tersebut dapat menyeberang sungai tersebut.




answer... ... .

1. buka peti sejuk jadi masukkan la zirafah itu..
2. zirafah sebab berada dalam peti sejuk...
3. sebab buaya pergi ke mesyuarat... .

LAWAK BODOH 1

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi
aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan
outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu,
jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu,
jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde
kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa
bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah
membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama
untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene
pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi
uruskan semuanya..

Woakakaka....penat aku nak tulih lagi nie....

Friday, January 23, 2009

Menanti 'Solahuddin al-Ayyubi' kedua

SEJARAH sering kali berulang kerana sejarah tidak pernah berbohong. Cuma manusia yang selalu alpa. Sejarah bukan untuk dibukukan dan disimpan dalam arkib atau sekadar di catat dan diulang sebut tanpa dihayati dan dijadikan iktibar serta panduan dalam kehidupan.

Tamadun yang cemerlang kerana khalifah dan umara yang berkuasa banyak belajar dengan mengambil iktibar dan teladan daripada sejarah. Manusia yang berjaya lazimnya adalah yang mengkaji, belajar meneliti dan sentiasa ingat akan sejarah yang mencorak hidupnya. Tetapi paling malang jika manusia buta sejarah. Buta sejarah bangsa keturunan dan asal usul boleh dimaafkan, kerana asal insan dari satu iaitu Adam dan Hawa yang Allah ciptakan dari tanah. Tetapi jika buta sejarah agama kepercayaan, akidah anutan dan perjuangan Rasulullah SAW serta khalifah terdahulu, tidak akan ada maafnya. Kerana itulah yang paling merugikan sama ada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Namun itulah yang banyak berlaku kini.

Islam hanya satu-satunya agama yang diterima di sisi Allah SWT. Allah berfirman yang mafhum-Nya:
Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (ali-'Imran: 85).

Namun sejarah agama dan akidah yang digaris al-Quran serta al-Sunnah semakin jauh dari umat muslim. Maka itulah nilai iman terhakis dan wujud masalah dengan musibah silih berganti. Kedajalan zionis Yahudi Israel adalah ulangan sejarah manusia nafsu syaitan yang buas, ganas dan kejam ke atas sesama insan bergelar Islam. Palestin terus bermandi darah oleh kedayusan tentera rejim zionis Yahudi Israel di bumi Palestin yang dijajah sekarang. Jika kekejaman zionis Kristian Eropah di bumi ambia itu dapat dihapus dan dinyah oleh tokoh pejuang terbilang Islam tahun 1192, Solahuddin al-Ayyubi, apakah ada Solahuddin kedua abad ini akan muncul menghancurkan zionis Yahudi Israel yang gila darah dan sedang bermaharajalela di bumi Palestin sekarang?

Islam kini benar-benar memerlukan Solahuddin era moden untuk menyatukan ummah dan mengembalikan nilai iman serta membetulkan akidah bagi menyelamatkan Palestin dan membebaskan Al-Aqsa serta Baitul Maqdis dari penjajahan rejim Yahudi Israel. Roh, semangat dan jiwa Solahuddin diperlukan oleh Muslim agar Islam kembali mengetuai urusan dunia agar dihormat dan ditakuti golongan kafir dan puak kufar yang bernafsu dan bertuhankan syaitan.

Sejarah kehebatan Solahuddin adalah jelmaan dari ketokohan khalifah terulung Islam di zaman Nabi dan para sahabat, Saidina Umar al-Khattab. Kebijaksanaan dan pandangan jauh Solahuddin dalam membina semula daulah Islamiah selepas jatuhnya keagungan tamadun Islam belum ada tandingan hingga kini. Kehebatannya menyusun strategi sama ada dalam peperangan mahu pun ketika mengurus tadbir pemerintahan dan penyatuan ummah terus jadi sejarah. Namun keberanian dalam perjuangan, ketokohan memimpin dan kewarakan dalam melaksanakan tuntutan beragama Solahuddin tidak ditonjolkan kepada khalayak.

Solahuddin al-Ayyubi adalah nama gelaran. Nama sebenar dan nasab keturunannya ialah Solahuddin bin Najmuddin Ayub bin Syazi bin Marwan al-Kurdi. Berasal dari puak Kurdis dari kabilah paling besar dan sangat mulia serta tinggi keimanan iaitu Rawadiyah, dari golongan al-Hazyaniah yang menetap di Duwain bersempadankan Wilayah Azerbaijan. Dilahirkan di Tikrit, Baghdad tahun 1137 (532 Hijrah), Solahuddin yang bapanya pernah memerintah kota itu sebelum dihalau ketika dia masih kecil oleh Raja Baghdad, Sultan Majuhid Bahruz adalah pejuang dan mujahid sejati era pasca moden.

Berhijrah ke Mosul
Berhijrah ke Mosul bersama bapanya, Najmuddin Ayub, keluarganya disambut baik oleh pemerintah di situ, Imaduddin Zinki kerana jasa bapanya sewaktu memerintah Kota Baghdad. Sejarah tokoh dan panglima terbilang selepas malapnya tamaddun Islam itu bagaimanapun tidak diuar-uarkan oleh dunia dan umat Islam sendiri. Sebagai tokoh, pejuang, mujahid dan khalifah paling hampir kepada ummah kini, roh dan semangat Solahuddin penting untuk ditiup ke sanubari Muslim kini. Terutama ketika rejim Yahudi Israel sedang bermaharajalela mengganas dengan membunuh serta mengusir rakyat Palestin sesuka hati sejak tahun 1948 hingga hari ini dengan bangsa Arab yang berpecah belah.

Solahuddin kedua diperlukan bagi menyatukan bangsa Arab yang berpecah dan berpuak untuk bersekongkol dengan puak kafir kini. Golongan kufar Kristian sememangnya ngeri dengan nama dan bayangan Solahuddin Al-Ayyubi. Perang Salib yang berlarutan hampir 200 tahun (1096-1192) akan terus menghantui kuasa penjajah zionis Kristian Eropah. Sebab itulah ketokohan Solahuddin tidak dikaji dan dikembangkan oleh sarjana orientalis barat.

Malangnya, umat Islam juga turut 'menyembunyikan' kepahlawanan tokoh terbilang awal abad moden itu daripada generasi kini. Menyatupadukan ummah (Arab) dan menegakkan Islam serta mengembalikan hak Muslim ke atas Masjid Al-Aqsa dan Baitul Maqdis daripada penaklukan zionis Kristian Eropah adalah misi dan hasil perjuangan tinggalan Solahuddin yang hanya ada dalam lipatan sejarah Islam. Menyedari besar dan agungnya ketokohan serta sumbangan Solahuddin dalam menyatu ummah dan menegakkan Islam serta kewarakannya, Aman Palestin Malaysia (APM) tampil menyelusuri jejak-jejak perjuangannya untuk didedah kepada umum.

Dengan matlamat membangkitkan semangat Solahuddin al-Ayyubi ke jiwa generasi muda Muslim negara ini dan dunia Islam seluruhnya, APM merealisasikan usha itu melalui program Rehlah Jejak Solahuddin pada 2 hingga 11 Disember lalu. "Kami menyahut cabaran selepas salah seorang pejuang Palestin di Jordan, Sheikh Abu Habib, menyuarakan gagasan itu dua tahun lalu. APM terpanggil bagi merealisasikan idea itu selepas tiada pihak tampil menyambut gagasan beliau," kata Ahli Lembaga Pengarah APM yang berpusat di Shah Alam, Selangor, Hashimah Saleh.

Menurut beliau, APM mengambil risiko kerana pentingnya ada ikon Islam tulen paling hampir dengan generasi zaman ini untuk dijadikan idola dalam perjuangan Muslim sekarang. Hashimah antara tunggak utama APM dalam menyingkap sejarah perjuangan Solahuddin untuk didedahkan kepada umat Muslim. Menjejaki tinggalan kubu-kubu kota tinggalan perjuangan Solahuddin dan tenteranya melalui Rehlah Jejak Salahuddin berlangsung ketika kemuncak 'jihad' dalam ibadah Haji musim 1429.

Semangat pengorbanan
Mengambil semangat pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s serta ketabahan jiwa rakyat Palestin menghadapi penyiksaan rejim zionis Yahudi Israel, 13 peserta di mana lapan adalah wanita diketuai Mohd. Nadzmaimi Mohd. Nadzir, selaku Pengarah program tersebut. Perjalanan 10 hari meninggalkan keluarga dan kemeriahan Hari Raya korban di tanah air, melalui perjalanan hingga melewati 24 jam sehari untuk pergi dan balik ke satu-satu lokasi tinggalan Solahuddin merentasi gurun dan laluan bergunung ganang ke pendalaman Jordan dan Syria di jalan berliku yang sempit bukan perkara mudah.Sedangkan muncung M-16, pelancar roket dan mortar di kubu kawalan yang sedia di petik picu ada di mana-mana dengan kelibat kereta kebal berkeliaran terutama di kawasan bersempadankan Palestin dan sekitar Beirut. Adakalanya pula, makan dan minum perlu 'diqada dan jamak' sebagaimana amalan ibadah solat ketika bermusafir.

"Alhamdulillah usaha terlaksana, selepas beberapa kali tertangguh kerana melibatkan soal keselamatan selain wang ringgit dan komitmen serta sokongan telus mereka yang benar-benar prihatin," kata Hashimah.

Menyelusuri jejak perjuangan Solahuddin perlu menjelajah seluruh kawasan bersempadankan Palestin di Jordan, Syria dan Lubnan. Ketiga-tiga negara ini adalah laluan utama dan benteng strategik tentera Solahuddin ketika menyerang dan menawan penjajahan tentera Salib untuk mengembalikan keadilan dan hak Islam ke atas Aqsa serta Baitul Maqdis. Di Jordan sahaja terdapat tidak kurang 40 buah kubu kota (qol'ah) yang dibina semula oleh Solahuddin selepas menawannya daripada tentera Salib, di samping membina banyak lagi kubu-kubu pertahanan baru bagi mengukuhkan kekuatan Islam. Kubu kota di banjaran pergunungan atas puncak bukit di pendalaman daerah Lattakia, Syria, di mana puncak bukit batu granit setinggi menara berkembar Petronas di belah untuk membina jalan oleh pemerintahan Bizantin era empayar Rom yang dijajah tentera Salib, turut di tawan dan dibina semula oleh tentera Solahuddin.
Kubu di pergunungan Lattakia adalah kota pertahanan terbesar (lima hektar) dalam sejarah pembinaan kubu-kubu pertahanan era tamadun Rom yang berjaya 'diislamkan' oleh Solahuddin, di samping kubu kota Karak di utara Jordan yang menghadap Laut Mati dan menjadi benteng paling hadapan untuk menawan semula Al-Aqsa dan Baitul Maqadis dari penjajahan zionis Kristian.

Bukti Ketinggian Iman
Sebuah masjid serba lengkap dibina oleh Solahuddin di setiap kubu kota yang diduduki dan dibinanya semula adalah bukti ketinggian iman serta kewarakan beliau dalam perjuangannya. Kehebatan seni bina kubu-kubu yang turut dilengkapi dengan pusat pentadbiran, perniagaan dan penjara itu utuh hingga kini dan tidak akan dapat ditandingi oleh mana-mana seni bina era moden. Semua kubu yang ditawan dan dibina semula oleh tentera Solahuddin berada di kawasan strategi, atas bukit di banjaran pergunungan jauh ke pendalaman dan menghadap ke arah kiblat pertama Islam, Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis.

Ini kerana misi perjuangan Solahuddin semata-mata untuk membebas dan mengembalikan hak Al-Aqsa dan tanah haram Baitul Maqdis kepada pemilik mutlak, Islam. Tentera kaum Arab dari pelbagai suku puak bangsa dan warna kulit bergabung atas kerja keras Solahuddin menyatukan mereka yang berpecah belah, bermula tahun 569 Hijrah (1173 Masihi), iaitu setelah lima tahun dia dilantik memimpin Mesir. Mereka berjihad melalui semangat Solahuddin dan berpegang pada firman Allah SWT dalam mafhum-Nya: Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan besar (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (al-Anfaal: 41)

Bertahun-tahun Solahuddin berusaha menyatukan wilayah-wilayah Islam Arab yang berpecah ketika itu, bagi memerangi penjajahan zionis Kristian dalam tiga Perang Salib sebelum dapat mengembalikan Al-Aqsa dan Baitul Maqdis ke pangkuan Islam. Ketika tentera salib hampir memusnahkan Masjid Al-Aqsa dengan lautan darah dari pembunuhan lebih 5,000 umat Muslim Palestin, bagai 'singa lapar' Solahuddin dan tenteranya bangkit menamatkan kedajalan zionis Kristian hampir 200 tahun itu (1096/489H - 1192/588H), pada tahun 1192. Ribuan tentera Salib diketuai raja-raja Eropah ketika itu, (Raja Jerman, Frederick I Barbarossa, Raja Perancis, Philip II Augustus dan Raja England, Richard The Lion Heart) mati serta tunduk kepada perjanjian damai yang diputuskan oleh Solahuddin pada bulan Syaaban 588 Hijrah (1192 Masehi).

Namun kejayaan perjuangan Solahuddin yang benar-benar berlandaskan al-Quran dan al-sunnah serta apa yang menjadi amalan Rasulullah SAW tidak terus dinobatkan. Hingga akhirnya rejim zionis Yahudi Israel pula bertindak menjajah bumi Palestin dengan membunuh serta mengusir Muslim bermula tahun 1948 hingga hari ini. "Diharap jihad kecil AMP bagi mendedahkan perjuangan tentera Solahuddin menyelamatkan Palestin, Aqsa dan Islam ini akan menghidupkan semula roh serta semangat Solahuddin Al-Ayyubi di sanubari umat Muslim. Ia bagi mengembalikan semula hak Islam ke atas Aqsa dan Baitul Maqdis dari penjajahan zionis Yahudi Israel pula," kata Mohd. Nadzmaimi. Menurutnya, semangat perjuangan yang tidak pernah kenal penat dan putus asa Solahuddin dalam jihad mempertahankan Islam inilah yang mahu dipupuk oleh APM ke jiwa setiap Muslim hari ini

Petikan dari Utusan Malaysia 23-01-2009
Oleh W. RAHIMAH DRAMAN
(peserta misi menjejaki perjuangan Solahuddin Al-Ayyubi Aman Palestin Malaysia di Asia Barat)

Kemunculannya pasti akan tiba, tetapi adakah waktu terdekat atau sebaliknya. Yang pasti ia tetap akan tiba, untuk menyelamatkan Agama Islam yang tercinta. Itulah janji-janji Allah terhadap makhluknya.

Thursday, January 22, 2009

KENA BULI

Hari ni dah tak de idea nak tulis, just nak masukkan gambar-gambar Soffiya yang aku tangkap malam kemarin. Sebenarnya banyak lagi gambar yang aku dah make up kan si Soffiya tu. Tapi tah mana tah aku letak, mungkin aku terlupa nak save kot.

Den nak gi pasar ni

Fesyen terbaru pemandu F1

Ala-ala Srikandi London

Memang muko budak baik betul

Sampai meleleh air liur si Soffiya tu kena buli

Macam nak nyanyi nasyid daa

Tuesday, January 20, 2009

TOWER BRIDGE KE, LONDON BRIDGE???

Setelah lebih kurang 20 minit berada di dalam bot, akhirnya sampailah kami di Tower Millenium pier. Mula2 aku confuse antara London Bridge dengan Tower Bridge sebab kitakan biasa nyanyi lagu London Bridge is Falling Down tu. Nasib baik ada member Ina bagitau sebelum tu so takde la aku gayat bila nengok ada dua jambatan berbeza iaitu London Bridge dengan Tower Bridge. London Bridge ni jambatan baru dan moden. Tarikh buat aku tak pulak tahu. Next time boleh lah gi sana. Tower Bridge tu la yang dalam lagu Falling Down tu. So, bila sampai je, macam biasa la, blur menguasai diri. Arah mana, nak ke mana, yang mana satu entrance, semua tulah yang membuat kami mencari-cari. Tapi seperti biasa, dengan tunjuk arah yang efektif kami dapat mencari arah ke Tower Bridge.

Sempat aku snap Tower Bridge dari dalam bot.

Kat Tower Millenium Pier bersama Soffiya. Abbas and Sumayyahh dah kat depan dah.

Dari pier, kami menyusur di sebelah Tower of London. Kami hanya snap gambar dari luar je sebab ia bukan destinasi utama kami. Sambil tu sempat jugak kami lepak sekejap, ambil gambar sambil makan snack dan coco crunch yang Ina bekalkan untuk budak2.

"Rileks Beib. Jangan senyum lebar na. Tau la ekau dah sampai London. Jago adab sopan. Ingat orang tua kat Somban tu. Jangan sombong dan bongkak..." Eh sapo lak yang nyampuk ni...

Di depan pintu Tower of London. Tapi takleh masuk kot situ. Entrance tu untuk visitors in group dengan budak sekolah.

Nasib baik ada mamat baik hati tolong ambikkan gambar kami

Dari jauh memang dah nampak dah Tower Bridge tu. Jalan punya jalan, kami sampailah kat tangga yang tunjuk arah ke Tower Bridge Exhibition. Terus kami panjat dan menuju ke tempat exhibition tu. Kami kena 11.50 pound untuk dua org. Budak2 takyah. Kami naik lif menuju ke manara. Ada dua walkway yang mengadap Sungai Thames dalam dua view berbeza. Satu, East Walkway dan satu lagi West Walkway. Jambatan ni secara rasmi dibuka pada 30 Jun 1894. Lepas tu banyak gak perubahan yang kerajaan buat. Aku ni pun ambik dari souvenier book yang Ina beli kat kaunter sebelum naik atas.

Antara pemandangan dari West Walkway.

Ini pula dari East Walkway

Setelah turun dari tower, kami menuju ke Engine Room. Kira cam package la tiket tu. Kat bawah ni, antara gambar-gambar kami di Engine Room.






Setelah penat yang amat sangat, kami pun menapak mencari tube terdekat iaitu London Bridge. Budak2 dah start mengeluh sebab kena jalan jauh. So, Ina ajak berhenti sekejap kat satu tempat lepak. Sambil tu aku ngan Ina pekena pear. Sumayyah dan Abbas habiskan bekalan roti. Soffiya pulak minum yogurt. Then, kami teruskan perjalanan. Aim utama nak sampai rumah secepat mungkin. Dah lenguh satu badan. Tapi aku happy la sebab tercapai nak bawa family gi jalan2 kat London Eye (walaupun tak dapat naik) dan Tower Bridge. Oleh sebab London Eye rosak hari tu, mereka bagi open tiket tiga bulan dari tarikh hari tu. Kira ok la kalu repeat dalam bulan tiga, InsyaAllah.















Monday, January 19, 2009

QUNUT NAZILAH

Wahai sekalian ummat Islam apakah kalian masih belum terasa apa-apa lagi apabila saudara kalian ummat Islam Palestin dizalimi sebegitu rupa. mereka hakikatnya adalah saudara yang paling dekat lantaran jalinan aqidah yang suci.

Lalu apa yang kalian perlu lakukan :
1. Bantu pertahankan tanah ummat Islam Palestine dengan darahmu.
2. Derma jihad untuk membantu mereka di sana
3. Doakan kekuatan, kesyahidan dan kemenangan buat mereka.

Berimanlah dengan seruan Allah :
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ

Orang-orang mukmin itu sesungguhnya bersaudara.

Al-Hujurat, 49:10

Berimanlah kalian dengan seruan Allah:
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

( Al Baqarah 261 )

Pasakkanlah hati kalian dengan maksud sabda Nabi SAW :

لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُآُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Nabi SAW bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana diamengasihi dirinya sendiri. - Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

ٍBerdoalah untuk saudara kalian di Palestine dengan doa Qunut Nazilah:

QUNUT NAZILAH UNTUK UMMAT PALESTINE

Doa Qunut Nazilah



Qunut secara istilahnya adalah seperti yang dikatakan oleh Al-Hafidh Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah: "Suatu doa di dalam shalat pada tempat yang khusus dalam keadaan berdiri." (Fathul Bari 2/490.)

Dan Nazilah ertinya malapetaka atau musibah yang turun menimpa kaum muslimin dalam bentuk gempa, banjir, peperangan, penganiayaan dan sebagainya.

Qunut nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat disunnahkan ketika terjadi musibah dan kezaliman. Sunnah qunut nazilah ini merupakan pendapat para ulama dari madzhab Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi'iyyah, Hanbaliyyah dan lain-lainnya.

Imam Syafi'i rahimahullah berkata: "Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh shalat wajib."
(Syarhus Sunnah karya Al-Baghawi 2/279).

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata: "Apabila turun bencana kepada kaum muslimin, hendaknya imam melakukan qunut dan diaminkan oleh orang yang dibelakangnya." (Al-Mughni 1/450).

Hadis Anas bin Malik radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim yang menjelaskan pelaksanaan qunut nazilah oleh Rasulullahu saw selama sebulan pada peristiwa pembunuhan 60 shahabat penghafal Al-Quran, juga hadis Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim.

TELUR BISTIK

Bangun je pagi ni, Ina cakap dengan aku "Bang, nanti masak telur Bistik ye. Abang masak best". Maklumlah, aku nikan tergolong dalam orang yang pandai masak (perasan la tu). Aku cakap dengan Ina, setakat telur bistik abang guna sebelah tangan aje (ni dah kira riak la pulak) he he he. Tapi cuba tanya Ina. Mesti dia jawab macam tu. Oklah, nanti abang masakkan ye. Tulah jawapan aku sebab, suka ke tidak, aku kena gak masak, sebab anak2 aku nak makan. Minggu ni Ina sibuk sikit, sebab kena masuk class. Aku pun tak tahu kelas apa yang dia masuk, kelas memasak kot, he he he. Ina jangan marah ye, nanti kena jual.

Baru aje aku nak buka internet, Abbas datang minta nasi. Memang betul jangkaan aku, dia ni kalau tak kacau aku, memang tak sah. Mesti nak makan nasi waktu pagi, cam ne pun dia nak makan gak, tak kiralah aku masak apa, janji mesti ade kicap. Nasib baiklah kat kedai bawah tu ada jual kicap kipas udang, sonanglah sikit. Lalu aku cakap ngan dia, tunggu jap ye, kejap lagi Baba masak ok. Dia jawab, ok Baba.

Aku ni dulu ada buka kedai makan, lama gak, hampir 9 tahun gak aku buka kedai makan (masakan ala Thai). Sampailah kedai aku tu dirobohkan, sebab kerajaan nak besarkan jalan. Tu yang aku boleh masak tu. Tapi biasalah, bila dah lama tak masak ni, banyak gak resepi yang aku hampir lupa. Nasib baiklah kat sini aku dah jadi SRT sepenuh masa, jadi bolehlah aku ingat balik resepi2 tu. Tapi kalau masakan kampung tu jangan tanya aku lah, aku cuma tahu sikit-sikit aje. Biasanya Ina yang akan masak. Aku cuma tolong potong mana-mana yang patut aje. Biasalah, kalau aku tahu semua nanti, payah lah pulak Ina nak cari makan he he he.

Inilah dia hasilnya, Telur Bistik West Drayton. Akhirnya dapatlah anak-anak aku makan.

Sunday, January 18, 2009

SOLAT DARI PANDANGAN SAINS

KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.

Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.
“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.

Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.

Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.

“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.

Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.

Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.

Profesor DR WAN ABU BAKAR WAN ABAS - AKTIVITI OTAK

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.

Dr Fatimah meneliti kertas bacaan ujian yang keluar dari alat analisis penyepadanan bio.
Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

NG SIEW CHOK - ISYARAT OTAK

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

DR FATIMAH IBRAHIM - KOMPOSISI TUBUH

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.


Sumber: BERITA HARIAN

LONDON EYE

Sehari sebelum ke London Eye, aku dah suruh Ina supaya mencari maklumat macam mana nak sampai ke sana, apa nak buat, lepas tu nak kemana, berapa harga nak naik London Eye, nak ke Tower Bridge pulak macam mana and dah tentu cam mana nak balik ke rumah pulak. Dan dengan berjayanya, Ina dah siap beli tiket London Eye, dapat maklumat pasal one day travel card and juga tiket untuk Tower Bridge Exhibition. So, ini adalah antara gambar-gambar kenangan kami kat sana. Tapi yang sedihnya... sat lagi lah cite, kita tengok gambar dulu la.

Muka-muka yang teruja bila sampai kat London Eye. Sumayyah tu kembang hidung la sebab dia dah pergi Eye on Malaysia. Pastu nak gi London Eye plak..ish ish ish.

Ina booking flight kul 12.30. Kami sampai kul 10.30 pg. So, ada 2 jam untuk collect tiket and jalan2 kat kawasan sekitar. Punya lah terkejut temgok org beratur bukan main panjang. Lebih dari 100 orang yg beratur. Aku and budak2 tunggu je Ina buat urusan. Tapi tak sampai 5 minit Ina dah datang ke tempat aku tunggu tu dengan tiket kat tangan. Ina kata, dia masukkan je credit card yg dia dah key-in mlm tadi and terus kuar tiket2 tu. Alhamdulillah senang. Rupa-rupanya yg beratur pjg tu adalah orang-orang yang walk-in. Moralnya, beli la through internet. Dahlah takyah beratur panjang, siap discount 10% lagi.

Sementara menunggu masa nak beratur, kami lepak di depan Sungai Thames ni. Kat sini ramai juga orang buat show (apatah namanya..). Ni aku baru pujuk Soffiya sebab dia nangis bila kena ngusik ngan orang buat show tu.

Ni la antaranya...

Sumayyah and Abbas sambil makan bekal. Ina buat sandwich telur and roti coklat. Pastu bawak air yogurt and pear. Settle lunch kami..

Dalam kul 11.30, kami pun mula berbaris. Barisan takyah cakap la, panjang la sesangat. Bila nengok camni, rasa kan best kalu beli tiket fast-track. Takyah beratur, terus jer gi kat depan sekali. Tapi harganye kena tambah 10 pound sorang. Kalu aku sorang takpelah. Ini kena gak ingat untuk Ina and Sumayyah. Abbas and Soffiya free (bawah 4 free). Konsep ni macam bagi rasuah terancang la plak...hi hi hi.

Sambil berbaris, sempat gak Ina snap gambar wheel ni. Seram gak bila nengok. Sayup mata memandang...

Lebih kurang sepuluh minit beratur (walaupun panjang tapi barisan bergerak ok jugak), aku mula perasan yang barisan dah mula tak bergerak. Lima minit lepas tu, Ina pulak baru perasan. Kami dah start rimas. Dapat pulak, Abbas and Soffiya dok main pusing-pusing. Nasib baik couple mat saleh kat depan kitaorang ni tak kerek sangat. Ok la jugak sebab derang ni kan macam pelik jer bila tengok budak-budak yang tak duduk diam. Kami tengok sekeliling pun, orang dah mula bercakap sesama sendiri menandakan ada yang tak kena. Tapi yang peliknya, takde la pulak derang ni bising-bising ke, kecoh-kecoh ke. Kalu kat Malaysia, aku pun dah start bising ni. Menatang (mende tah namanya) tu pun aku tengok dah tak bergerak. Dalam sepuluh minit lepas tu, baru la petugas-petugas berbaju purple tu bagitau yang operation London Eye terpaksa diberhentikan sekejap atas sebab teknikal. Alahai...sodihnyo. Aku ni dah berkobar-kobar nak naik, tiba-tiba lak tak dapat.

Muka-muka hampa. Sumayyah and Abbas apatah lagi. Tengok la muka tu..

Dek nak mengubat perasaan bebudak ni, kami ambil keputusan untuk naik bot pergi Tower Bridge. Kalu tak nak naik bus jer. Tiket bot 10 pound untuk 2 orang tapi sebab ada one day travelcard, diskaun lagi. Dapat lah harganya 6 pound lebih. kitaorang naik yang taxi service jer, maknanyer takde lah lama sangat dalam bot, lebih kurang 20 minit jer nak sampai Tower Bridge pier. Ada gak untuk sightseeing, dalam 6-7 pound sorang, tak ingat la plak. Itu next time la plak.

Kat jeti. Perjalanan ke bot. Belakang tu, petugas-petugas sibuk mengeluarkan orang-orang yang tersangkut kat flight. Nasib baik la bukan aku walaupun bukannya nampak macam problem besar. Tapi tu la.. lagi sekali, nasib baik bukan aku. hi hi hi.

Berlari-lari sumayyah and Abbas kat jeti. Nasib baik Soffiya dah kena ikat kat stroller. Tapi rasanya tak lama lagi dia bakal join the group la tu

Soffiya tersengih2 nak naik bot

Ini la botnya. Besar and macam first class dalamnya.

Friday, January 16, 2009

BOLEHKAH BERJANJI DENGAN BANGSA YAHUDI ?

Damai: Tiga syarat Hamas

LONDON 15 Jan. – Ketua kerajaan Hamas di Genting Gaza, Ismail Haniyeh hari ini membuat seruan langsung kepada pembaca di Barat untuk meminta mereka mendesak Israel menghentikan serangan di wilayah Palestin itu.
Ismail yang menulis dalam akhbar Britain, Independent berkata, Hamas akan mempersetujui gencatan senjata dengan syarat yang ‘jelas lagi mudah’ iaitu sekatan ke atas Gaza ditarik balik, pembukaan semula pintu sempadan dan pengunduran penuh tentera Israel.
“Hanya ada satu jalan ke hadapan, tidak ada jalan lain. Syarat kami untuk mengadakan gencatan senjata baru adalah jelas dan mudah.
“Israel mesti menghentikan perang dan penyembelihan rakyat kami, menarik balik sepenuhnya sekatan haram ke atas Genting Gaza dan tanpa syarat, membuka semua pintu sempadan dan berundur sepenuhnya dari Gaza.
“Selepas itu barulah kami akan menimbangkan langkah seterusnya,” kata Ismail.
Beliau turut menolak dakwaan bahawa Hamas patut dipersalahkan sebagai punca konflik itu kerana enggan memperbaharui gencatan senjata selama enam bulan pada Disember lalu.
Sebaliknya Ismail menegaskan, Israel telah menjadikan kehidupan di Genting Gaza umpama “neraka dunia” menerusi sekatan ekonomi.
Beliau berkata, rakyat Palestin sangat kesal kerana anggota Kesatuan Eropah (EU) tidak melihat sekatan itu sebagai satu bentuk serangan.
Perdana Menteri Hamas itu berikrar, serangan Israel tidak akan berjaya mencapai objektifnya.
“Rakyat Palestin memperjuangkan kebebasan daripada pendudukan, penubuhan sebuah negara merdeka dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara dan kepulangan penduduk yang diusir ke kampung asal mereka.
“Walau apa pun berlaku, tindakan Israel meneruskan pembunuhan beramai-ramai tidak akan mematahkan semangat kami dan tidak akan memadamkan cita-cita kami untuk mencapai kebebasan dan kemerdekaan,” ujar Ismail.

Petikan dari Utusan Malaysia.

ULASAN:

Yahudi adalah musuh Islam yang paling utama, sejak dari zaman sebelum zaman kebangkitan Rasulullah s.a.w lagi, Yahudi telah memusuhi Islam hinggalah sampai ke hari ini. Dan didalam Al-quran ada menyatakan bahawasanya, dengan bangsa Yahudi laknatu-Allah tidak boleh ada perjanjian perdamaian. Ini kerana Bangsa Yahudi pasti akan memungkiri janji apa yang telah dijanjikan. Cuba kita perhatikan, berapa banyak perjanjian yang telah dilakukan di antara umat pihak Islam Palestin dan bangsa Yahudi. Dan berapa kali jugalah bangsa Yahudi ini memungkiri janjinya. Janji hanya tinggal janji, tetapi umat Islam Palestin dibunuh hari demi hari. Negara-negara Arab diam membisu. Kenapa? Ini kerana negara-negara Arab lain mempunyai kepentingan pribadi tanpa memperdulikan nilai Agama Islam di cemari oleh bangsa laknat ini.

Selain daripada itu, kaum Bani Israil mempunyai sikap mengutamakan kehidupan materialistik dan menganggap bahawa material itu adalah segala-segalanya yang boleh menyelamatkan mereka daripada ancaman yang berbahaya. Oleh sebab sikap munafik dan keangkuhan yang begitu menebal dalam diri mereka, menyebabkan mereka enggan mengakui ajaran Nabi Muhammad s.a.w kerana Rasul yang mereka tunggu ternyata bukan berasal daripada Bani Israil. Allah s.w.t memberi amaran menerusi firman-Nya yang bermaksud:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).” (Sebahagian maksud surah al-Baqarah, ayat 120)

Ini jelas menunjukan bahawa bangsa yahudi tidak akan reda dengan Islam selagi umat Islam tidak mengikut agama mereka.

Firman Allah lagi dalam (surah Al-Isra' 4-5)

"Sesungguhnya kamu (Bani Israil) akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan kamu pasti akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar. Maka apabila datang saat hukuman kejahatan yang pertama dari kejahatan itu, Kami mendatangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan besar, lalu mereka mencarimu keluar masuk kampung ke seluruh negeri. Dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana”

Bila kita perhatikan ayat di atas yang membahaskan tentang kerosakan yang dilakukan oleh orang Yahudi, maka muncul pertanyaan: apakah mereka sudah melakukannya (sebelum ayat-ayat tersebut turun) atau belum? Perlu diketahui bahwa ayat tersebut turunnya di Makkah, jauh sebelum kaum muslimin mempunyai kekuasaan dan kekuatan di Madinah.
Menurut catatan sejarah, bangsa Yahudi telah berkali-kali mengalami kehancuran sebelum datangnya Islam dan sebelum turunnya ayat-ayat di atas. Maka jelaslah bahawa kerosakan yang ke 2 didalam ayat diatas, merupakan kerosakan yang dilakukan kepada orang-orang Islam pada masa kini. Mungkin kita tidak tahu berapa lama kerosakan ini akan berlaku. Mungkin lama, atau mungkin sekejap.

Oleh itu kita sebagai orang Islam, wajib mempuyai sikap bertangungjawab terhadap umat Islam kini, terutama umat Islam Palestin dan berdoa supaya Allah membantu umat Islam Palestin dan menghancurkan bangsa yahudi dan Nasrani dari muka bumi ini.


Watch KEGaNASAN YAHUDI Israel PADA ANAK KITA in Faith Videos  |  View More Free Videos Online at Veoh.com

Thursday, January 15, 2009

LAWAK AJE

RUMPUT DAN KUDA

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"
Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"
Cikgu : "Rumputnya mana?"
Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"
Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"
Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?"

ade g...

PENGEMIS GILA

Pengemis : Pak Cik! Kasihanilah saya, saya orang bisu.
Bapak : La? Orang bisu tak kanbleh cakap lak?
Pengemis : Eh, salah! Orang tuli, Pak Cik!
Bapak : Tak kanbleh mendengar?
Pengemis : Eh, bukan! Orang buta, Pak Cik!
Bapak : (Sambil mengeluarkan wang receh)Tidak ada duit!!
Pengemis : Itu ada tiga ratus !
Bapak : Katanya buta, tak kanboleh melihat?
Pengemis : Salah lagi. Orang gila, Pak Cik!!

ader g...

DEMAM AF

Disebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak jaga lembu - bukan nama sebenar) :

Kadi : Hassan...
Pengantin Lelaki : Saya ustaz...
Kadi : Dengar baik2 ya Hassan...."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"
Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnyaa si Polan binti si Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii"
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)
Saksi Pertama : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)
Saksi Kedua : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)
Saksi Ketiga : Errrr....lontaran suara awak tidak jelas...saya tak dengar apa yg awak cakap....pitching berterabur ke laut..jiwa awak kosong...takde feel.... low note tak sampai, high note awak takde kawalan.. sepatutnya ditahan..falseto lemah...

p/s: Kini semuanya ingin menjadi pengkritik.. .

ader g...

WANITA DAN LELAKI TUA

Seorang wanita sedang berjalan menuju kearah seorang lelaki tua yang sedang berehat di serambi rumahnya. Setelah tiba, wanita itu berkata, " Saya tengok encik ni ceria aje. Apa rahsia yang menyebabkan encik panjang umur dan sentiasa ceria?"

"Takde rahsia apa pun. Cuma saya merokok 3 kotak besar sehari, minum arak, makan makanan berlemak, makanan segera dan tak pernah sekalipun bersenam", kata lelaki itu.

"Wah! Hebatnya encik", kata wanita itu. "Berapa usia encik sekarang?

"Dua puluh empat."

aderrr g..

ISTERI TERSAYANG

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

ade g ke...???

TELITI ITU PENTING!

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cubakamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk. ....

SEKARANG.... .TUMPUKAN PERHATIAN... .PAHAM!!! !!

ade g kerrrr????

tak derrr dah....

Sunday, January 11, 2009

CLAMP

Apa perasaan anda apabila kena saman? suka, sedih, marah, nangis, mengamuk dan yang seangkatan dengannya.... Nak di jadikan cerita, hari ni aku gi car boot kat Hounslow.
Maklumlah, pertama kali gi sini, nak cari parking pun tak tahu. Jadi aku masuklah satu kawasan private house bersebelahan dengan car boot tu. Cantikkk punya parking...
Kat car boot ni aku tengok tak berapa best sangat, sebab trader terlalu banyak. Cam mana pun kat sini aku beli juga printer HP Photosmart C4280. Harga ok gak, yang penting lebih murah dari Argos. Ina pula dapat bag Prada. Aku ni pasal barang orang perempuan, aku tak tahu sangat. Kalau pada dia ok, pada aku oklah.

Aku kat situ tak lama sangat, sebab si kecik ni asyik menangis aje. Mungkin dia lapar dan makanan dalam kereta. Dalam perjalanan menuju ke kereta, aku terpandang sebuah kereta tayarnya di clamp. Alamak dalam hari tu terdetik juga, entah2 keta aku pun kena gak. Ooooo memang sah keta aku tayarnya kena CLAMP. Memang dasar tak sekolah tinggi siapa yang yang telah mengunci tayar kete aku. Orangnya tak de, cuma ada surat dan no tel jika nak di buka kuncinya. Siap dengan harga samannya sekali. Samannya cukup mahal, mengalahkan saman polis. Hampeh betul. Yang membuatkan aku tak puas hati, macamlah kawasan ni bagus sangat, sampai nak parking keta pun tak boleh. Nak kena ada sticker, baru boleh parking. Aku tak puas hati betul. Tp apa boleh buat, dah nak kena, terpaksalah terimalah hakikat, pada hari ni aku dah kena saman.

Friday, January 9, 2009

KARI KEPALA IKAN

Hari ni tugas aku kembali cam biasa sebagai SRT sepenuh masa. Ina pun dah gi school yang dah lama dia tak pergi. And baru sebentar tadi mak aku dari Malaysia tel, beritahu Sobri dah dapat baby boy. Dah jadi bapak adik aku tu. Apa2 pun tahniah kat Sobri and Suzi dan jagalah anak tu sebagai amanah dari Allah. Sekarang ni mak dan ayah dah ada 8 cuculah, 4 boy and 4 girl.

Sekarang ni aku dah guna mobile Broadband untuk internet. Terpaksa gak terbang 100paund untuk deposit. Memang poning betul sistem kat sini. Alasan sebab masih baru lagi kat sini. Tapi bila Jafri yang dah 1 tahun kat sini nak beli mobile broadband, kena gak deposit, sebab tak pernah ada record berhutang kat sini. Sepatutnya orang yang tak pernah ada hutang lah yang senang. Tapi kat sini, sistem tu memang poning macam bangsa dia gak he he he. Nasib baiklah dia orang tak leh nak baca apa yang aku tulis ni, kalau tak, dah lama aku kena hantar balik Malaysia.

Hari ni aku tak tahu nak masak apa. Lauk yang abg Zainal bagi tu pun masih banyak lagi. Terima kasih abg Zainal sebab bagi lauk kari kepala ikan tu, sedap... sampai tah berapa kali aku makan nasi dalam 1 hari. Nampaknya bertambah gemuklah aku tinggal kat Uk ni. Semoga abg Zainal cepat sembuh dari gaout tu. Ubat dari Malaysia pun dah ada, tak yah lah lagi gi hospital yang tah apa2 tu, he he he. Apa2 pon aku akan ingat sampai aku balik Malaysia nanti peristiwa tu. Punyalah hampeh....

Thursday, January 8, 2009

Salji Oh Salji

Abang bangun!!! Salji turun kat luar.... Itulah ayat yang pertama keluar dari mulut Isteriku. Malam tadi aku ada cakap dengan Ina, entah2 salji turun kot besok. Memang mulut aku masin, hari ni salji dah turun. Sepatutnya aku cakap ngan Ina besok abang akan jadi kaya lagi bagus he he he. Hari ni bermulalah balik persekolahan Sumayyah selepas cuti 3 minggu. Perkara yang aku tak berapa suka ialah kena hantar Sumayyah dalam cuaca sejuk ni. Tapi tulah, suka ke, tak suka, aku kena gak hantar Sumayyah ke sekolah. Lepas ni InsyaAllah Abbas lak yang akan masuk sekolah. Sekolah main2 je. Tapi yang risaunya Abbas ni boleh ke gi sekolah? Kat UK ni kalau tak hantar anak ke sekolah, polis boleh ambil tindakan kepada ibubapa. Pernah terjadi kat Uk ni, ada keluarga melayu tu masih belum hantar anak ke sekolah sebab belum daftar sekolah lagi. Bila tengah jalan2 kat Bandar, kena la tahan dengan polis. Alasannya sebab kenapa anak yang dah besar ni (11 tahun) berada di shopping complex di waktu persekolahan. Macam-macam hal betul kat sini.


Oleh kerana hari ni salji turun dengan lebat, Ina pun nak ikut la sekali hantar Sumayyah ke sekolah. Kononnya nak merasa nikmat berjalan dalam salji. Tapi akhirnya, Ina yang hantar Sumayyah gi school dengan Abbas. Aku ingat nak bawak Soffiya tapi sampai kat bawah je yang aku mampu. Sejuk tahap gaban. Paling kesian kat Soffiya...berair2 mata dia tahan sejuk. Tangga nak naik umah aku pun licin. Semacam betul salji ni.


Ina balik pun dia berungut. Jalan terlalu licin. Kena hati-hati takut tergelincir. Lagipun salji turun lebat. Macam hujan lebat lah. Ina kata cam gayat gak dia sekejap berjalan dalam salji yang turun lebat. Yelah, first time la katakan. Yang seronoknya, Abbas la. Puas gak dia main salji. Rupa2nya tahun ni keadaan cuaca terlalu tak menentu dan paling buruk. Tahun 2008, bulan 3 baru turun salji kat London. Ina ada gak tanya member dia kat Coventry...dia kata kat sana salji turun setengah jam je. Kat West London ni, sampai ke hari ni masih ada lagi kawasan yang diseliputi salji walaupun dah tiga hari berlalu...



Thursday, January 1, 2009

2009

Hari ni tak tahu nak cerita apa, cuma nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2009. Semoga tahun ni lebih ceria dan membawa keberkatan dalam kehidupan. Tak lupa nak ucapkan pada isteri tersayang dan anak-anak, Khaireen Sumayyah, Abu Abbas Al Mursi, Nurul Soffiya dan sesiapa yang membaca atau terbaca blog ni (ada ke org baca blog ni) he he he.

Bila sejuk-sejuk macam ni, bestnya rasa kalau ada kat Malaysia. Boleh gak jalan2. Baru sebentar tadi Ina call Kak Lang bertanya khabar. Then Along pulak call. Rupanya mereka semua bercuti kat PD. Aku ni tak tahu lagi nak gi mana hari ni, mandi pun belum lagi. Sojuk, tak tahan den. Malam tadi dah rancang ngan Ina nak bawa anak2 gi Legoland. Tp bila tengok kat internet tempat tu dah tutup dan 21 Mac 2009 baru buka balik. Apa lagi aku nak taip ni, aku pun dah tak de idea lagi. So nanti kita jumpa lagi.