BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 27, 2009

Kuih oh kuih

Minggu ni sang suami dapat makan 2 jenis kuih yang dibuat oleh si isteri khas untuk suaminya yang dah kemaruk nak makan.
"Lama dah tak dapat nak makan kuih karipap". Itulah kata-kata sang suami terhadap isterinya. Setelah bersusah payah si isteri mencanai dan menguli tepung, akhirnya sang suami dengan bangganya dapatlah makan kuih karipap.
Satu lagi jenis kuih yang si isteri buat ialah kuih bakar. Sememangnya sang suami dah lama nak makan kuih bakar ni, akan tetapi di atas kesibukan si isternya belajar, maka sang suami masih belum dapat merasa kuih idamannya. Kasihan sang suami. Akan tetapi, di sebabkan kepandaian sang suami membodek si isteri maka akhirnya, si isteri telah membuat kuih kegemaran sang suaminya semalam. Akhirnya sang suami dengan bangganya (kali kedua) dapat makan kuih bakar.

Maaf gambar kuih tak sempat nak ambil sebab dah habis.

Lupo lak nak ucap terima kasih kepada si Isteri yang telah membuat kuih untuk sang suami. Terimakasihhh

Ahad punya cerita

Setelah beberapa hari aku tak mengupdate blog aku ni, hari ni aku nak cerita mengenai aktiviti aku pada hari ahad minggu lepas. Sebenarnya tak de pon cerita yang menarik aku nak ceritakan sepanjang cuti sekolah minggu lepas. Maklumlah aku pun tak kemana-mana, hanya duduk kat rumah. Ingatkan nak bawa anak-anak jalan ke Exeter, tetapi ada masalah dalaman, maka terpaksa ditangguhkan lagi. Cuma pada hari ahad hari tu aku sekeluarga bersama abang Zainal yang dah kembali bujang, pergi ke car boot di Ickenham. Sebenarnya aku dah rancang dengan abg Zainal nak gi car boot tempat lain. Tetapi disebabkan tersalah masuk postcord kat tom-tom jadi dia bawa kat Ickenham ni. Cuaca pun ok sejak kebelakangan ni. Jadi tak payah lah aku nak pakai baju berlapis-lapis. Maklumlah, bila pakai baju berlapis-lapis ni nampak badan jadi gemok. Aku sekarang nikan dah kurus.he he he

Bila sampai aje kat car boot, mula-mula sekali aku nak cari camera stand(pusing-pusing). Hari tu cari kat car boot Hayes dah jumpa, tapi ada rosak sikit, nasib baik aku tak terbeli. Kalau tak, alamat tak leh nak pakai. Jalan punya jalan aku jumpa stand untuk camera aku. Harga dari 5pound dapat 4pound. Ok gak harganya, dari beli yang baru, paling murah pun aku jumpa kat argos 20pound, tak kuasa aku nak beli yang mahal-mahal.

Cam biasa bila kat car boot ni, tentera-tentera aku mesti nak minta macam-macam. Nasib baiklah kat car boot ni harga barang mainan teramatlah murah. Aku beli mainan kereta untuk Abbas 5 buah kereta cuma 1pound aje. Kalau mahal tak tahu lah aku nak cakap macamana dengan anak aku yang tak makan saman ni. Tapi biasalah, aku ni bila dengan anak-anak mesti selalu kalah. Terutama dengan Abbas, selagi dia tak dapat mainan yang dihajati selagi tu dia tak puas hati. Yang bestnya bila dah dapat mainan dia ajak kita balik rumah sebab nak main mainan tu kat rumah. Masa tu akan keluarlah berbagai alasan dari mulut dia nak ajak aku balik rumah. Tapi tulah perangai anak-anak aku yang mewarisi perangai aku masa kecil(agaknya).

Lepas keluar aje dari car boot abang Zainal ajak aku pergi ke Queensbury dekat dengan Wembley(kalau tak silap akulah)kalau salah tolong betulkan. Kat bandar ni banyak kedai yang menjual second hand perabot rumah. Nasib baik duit tak mengizinkan. Kalau tak, aku geram tengok sofa dia yang macam baru, tapi harga tetap harga second hand. Tapi tak pe, aku lama lagi kat sini. Insyallah bila dah hampir nak balik nanti kita cerita lain.

Lepas tu kami pergi Brant Cross shopping center yang tak jauh dari situ. Shopping center dia memang besar dan harganya agak mahal. Kami disitu tak lama, sebab Abang Zainal dah sakit kaki.

Lepas tu aku ajak abang Zainal pergi East Ham, ziarah Pak cik Daud dan Mak cik Halimah. Pak cik Daud ni aku kenal sebelum aku gi London lagi. Dia bersama isterinya dah menetap di London ni selama 38 tahun kalau tak silap aku. Bila aku telefon kata nak datang rumah punyalah dia suka, sebab anak-anak dia semua dah balik menetap di Malaysia , cuma anak dia yang bongsu masih lagi menetap disini. Sekurang-kurangnya dapatlah dia melepaskan rindunya kepada cucu-cucunya yang ada di Malaysia. Macam-macam dia masak untuk kami semua. Yang aku kagum dengan Pakcik Daud ni, walaupun anak-anaknya membesar di London, tapi kalau sembang dengan anak bongsunya pasal Islam, aku memang tabik kat dia. Payah nak cari orang macam tu kat bumi London ni. Yang ramai cuma "melayu mudah lupa". bak kata bekas PM.

Lepas aje solat maghrib kat rumah Pakcik Daud aku pun minta diri. Badan pun dah penat, perut pun dah kenyang, esok pula Sumayyah dah masuk sekolah balik. Dalam perjalanan balik tom-tom buat hal lagi. Kali ni dia bawa kami jalan M25 yang bapak jauhnya. Dahlah jalan jem semacam aje. Kesian kat abg Zainal. Nasib baik kereta auto, kalau manual, bertambah sakitlah kaki abg Zainal yang dah memang sakit tu. Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kat Abang Zainal sebab bawa kami sekeluarga jalan-jalan dari 7.30pagi hingga kul 9mlm. "Nanti kita jalan lagi" tulah yang keluar dari mulut abang Zainal selepas sampai rumah.

Monday, February 16, 2009

Windsor

Dalam post ni tak tahu nak cerita apa. Cuma semalam selepas pergi rumah member dekat Staines, aku bawa anak-anak pergi Windsor dekat area Slough. Perjalanan kalau dari rumah dalam 30 minit sahaja. Kalau naik bas aku tak tahu, cuma kalau dari West Drayton boleh naik train terus ke bandar Windsor. Tambang... aku tak tahu, sebab aku pergi naik kereta daa. Dalam pekan Windsor terdapat sungai yang mengalir cantik, sesuai untuk anak-anak bermain dan selain tu terdapat castle yang cantik.





































Friday, February 13, 2009

Lawak 3

Ini adalah Cara-cara nak cover malu..
Tidak ada kene mengena dengan orang yang hidup atau pun yang dah mati. Hanya lawak semata-mata. Akan tetapi ia boleh digunakan apabila berlaku terhadap diri kita. Selamat mencuba...


1. Kalau tersepak batu: Jangan terus bangun,
sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling cam pejoget rap tu
hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bangun bila takde orang nampak..

2. Kalau terjatuh basikal: cepat-cepat naik basikal
anda semula dan jatuh la lagi sehingga berkali-kali
supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalau terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah
anda dirasuk atau sedang berlawan dengan
makhluk halus...

4. Kalau terjatuh dalam longkang: pungutlah
sampah yang ada sambil marah-marah dengan
suara yang kuat, pasti orang menyangka anda
seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. ..

5. Kalau jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-
kuat.."Oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang
di belakang anda....

6. Kalau terjatuh di depan bus stop: terus buat-buat
pengsan sehingga ada orang membantu
anda..kalau takde..baring terus sampai malam dan
takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah
masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalau jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la
kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda)
untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda
sorang je yang dapat malu...ye tak?....



Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir. Cinta yang agong hanya pada pencipta. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tetapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...
Falsafah..falsafah

Thursday, February 12, 2009

Demi masa

Apabila kita mengetahui bahawa masa itu ialah "kehidupan", maka wajiblah ke atas setiap yang bergelar muslim menjaga masanya. Tidak mencukupi sekadar menyedari kewajipan menjaga masa sahaja, bahkan wajiblah meletakkan pengurusan masa itu sepertimana yang dikehendaki oleh Islam.

Kewajipan yang pertama ke atas setiap muslim ialah memastikan masanya diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah untuk dunia dan akhirat. Seterusnya untuk kesejahteraan ummah sejagat, rohani dan jasmani.

Di dalam Al-quran terdapat satu surah yang cukup terkenal yang membicarakan tentang masa(surah al-Asr). Para perawi menyebut bahawa 'Amru al-Asr menemui Musailamah al-Kazzab, peristiwa ini berlaku selepas baginda diutus menjadi Rasul dan sebelum beliau memeluk Islam. Bertanya Musailamah kepada 'Amru "Apa yang diturunkan kepada sahabatmu(Muhammad) setakat masa ini? Jawab 'Amru: sesungguhnya telah turun satu surah ringkas yang penuh bermakna. Tanya Musailamah: apakah dia? 'Amru menjawab: Firman Allah yang bermaksud "Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta saling berpesan agar menurut kebenaran dan berpesan agar bersabar(menghadapi halangan)" Lantas Musailamah pun berfikir sejenak, kemudian beliau berkata: Sesungguhnya telah diwahyukan kepadaku surah seperti itu. 'Amru berkata kepadanya, Apakah dia? lalu Musailamah berkata " wahai bintang ubar, wahai ubar. Molekmu hanya tentang telinga dan dada yang lebar. yang lainnya penuh bintat dan calar" Kemudian Musailamah bertanya kepada 'Amru. Apakah pendapat kamu wahai 'Amru? Demi Allah, engkau maklum bahawa aku tahu engkau berdusta.

Imam al-Tabrani menyebutkan riwayat daripada Ubaidullah bin Hafs katanya: "Apabila terdapat 2 orang sahabat Rasulullah bertemu, mereka tidak akan berpisah melainkan salah seorang membaca surah al-Asr sampai habis kepada sahabatnya, kemudian barulah mereka memberi salam satu sama lain"

Manakala Imam al-Syafie Rahimahullah berkata: "Kalau orang ramai merenung dan mengambil pakai surah ini pun sudah memadai bagi mereka." Didalam surah ini juga Allah bersumpah dengan masa bagi membuktikan kemulian dan kepentingan masa kepada manusia. Lantaran itu Rasulullah bersabda menerusi hadis yang dirawayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah, maksudnya: "Janganlah kamu mencela masa kerana Allah itu sinonim dirinya dengan masa".

Khalifah Umar 'Abdul 'Aziz ada menyatakan, "sesungguhnya malam dan siang sedang melakukan terhadap kamu, maka hendaklah kamu bertindak terhadap keduanya."
Mereka menyatakan, perkara yang amat tidak disukai oleh mereka ialah 'membung masa.'

Bagi mereka yang membuang masa tanpa amalan yang berfaedah ataupun tanpa dapat menambahkan ilmu pengetahuan, keimanan dan amal soleh adalah dianggap sebagai kufur nikmat.

Apabila kita menghitung, sesungguhnya seseorang yang membuang masa itu adalah lebih rugi daripada seorang yang bodoh di dalam membelanjakan hartanya. Hal ini kerana, harta boleh dicari ganti, adapun masa tidak dapat dicari ganti.

Para ulama terdahulu amat tidak menyukai apabila seseorang lelaki yang tidak mengisi masa lapangnya dengan amalan-amalan kebaikan. Dengan itu, masa bukan lagi nikmat kepada seseorang itu, sebaliknya menjadi bala kepadanya, lelaki mahupun perempuan. Ada yang menyatakan, masa lapang bagi seorang lelaki adalah "kelalaian" manakala bagi seorang perempuan adalah "pembuka jalan ke arah mengikut kehendak hawa nafsunya".

Bukankah Zulaikha isteri Raja Mesir terpikat kepada Nabi Allah Yusuf'AlaihisSalam dan cuba memikatnya ketika Zulaikha tidak mempunyai sebarang pekerjaan (berada di masa lapang)?
Adalah amat merbahaya, apabila masa lapang dimiliki oleh para pemuda dipersia-siakan.

Perjalanan harian kehidupan ini, adalah tanda bagi mereka yang mempunyai akal untuk berfikir dan yang mempunyai mata untuk melihat. Sebaliknya, barangsiapa yang mempunyai akal, tidak mahu berfikir, tentang perubahan alam ini maka tidak memberikan apa-apa kesan untuknya.

Lalu,duhai para sahabatku yang budiman apakah anda semua sedar apa yang telah anda lakukan sepanjang masa yang telah dianugerahkan-Nya? Tidak perlu berfikir panjang sekadar ingat semula apa yang anda telah lakukan sejurus sebelum anda melayari blog dan membaca artikel ini? Adakah apa yang anda lakukan itu sesuatu yang berfaedah atau picisan semata-mata? Renung-renungkanlah...

Tuesday, February 10, 2009

Takde Tajuk 1

Hari ni selepas aje sarapan pagi macam biasa tugas aku menghantar Sumayyah ke school. Lepas tu, tugas aku kebelakangan ini adalah pergi bank nak tengok duit dah masuk lum. Biasanya tengok melalui internet banking, tapi tah kenapa tah sejak minggu lepas asyik tak leh buka aje. Aku pun tak tahu kenapa tak boleh buka. Nak cakap line tak ok, website lain atau blog aku ok je. Nasib baiklah bank banyak kat sini, kalau jauhlah, mau meleleh hingus aku menapak dalam sejuk.

Bila aku masuk aje kad bank, cam biasa check balance dulu. Tu dia... aku senyum sampai nak tercabut gigi-gigi aku yang memang Dentist cakap gigi aku dah teruk tahap gaban. Tak boleh nak diselamatkan lagi. Hukumnya hanya cabut aje. Dentist kat Malaysia dah sound aku, kalau gigi aku tidak ditampal sekarang, alamatnya lagi sepuluh tahun aku dah takde gigi. Ish.. boleh caya ke? Tak pe, kita tak yah cerita pasal gigi, sebab antara banyak-banyak Dr, yang paling aku tak suka jumpa adalah Dr gigi. Bukan takut tapi segan aje.

Balik aje rumah, cam biasa Ina akan tanya, dah masuk lum duit dari JPA tu. Aku cam biasa tunjuk ajelah muka 10sen kat Ina. Ina cam biasa terpaksalah buat muka 20sen. Dalam hati aku, he he dia dah kena. Sambil tu aku tolong Ina masak nasi goreng. Hari ni Ina masak lauk untuk Aida yang baru bersalin minggu lepas (sama tarikh lahir dengan Sumayyah). Rajin plak aku pagi ni. Biasanya aku paling malas nak masuk dapur waktu pagi ni. Bila aku tengok muka Ina yang tak berapa berseri pagi ni, aku pun tunjuklah slip bank tu kat dia. Tuu dia, aku ingatkan senyum aku lagi menawan, rupanya senyum dia lagi dahsyat dari aku. Sampaikan nasi goreng yang dia masak pun jadi manis. Tak tahu apa yang dia salah letak. Tapi tak pe, manis pun manislah, janji aku dapat makan. Sebenarnya JPA dah beritahu nak masukkan duit 30 Jan hari tu. Lagipun Ina belum lagi dapat elaun keluarga, elaun sewa rumah, elaun alat tulis dan elaun pekakas disamping elaun biasa yang 3 bulan tu. Rupanya, banyak gak elaun-elaun yang belum kami terima. Nasib baik aku kat London, kalau kat Malaysia ni, tak tahulah apa akan jadi dengan duit ni. Macam-macam aku pikir...jahat betul aku ni. Disebabkan ini elaun yang pertama kami terima, jadi kami terpaksa mengasingkan duit-duit kepada 3 bahagian. Sebab JPA bayar untuk 3 bulan sekali. Nampak macam banyak, tapi kalau salah percaturan, terpaksalah aku buka gerai jual roti canai kat tepi jalan (idea abang Zainal tu). Best gak kalau boleh buka kedai roti canai kat tepi jalan. Tapi biasalah, kat UK ni semuanya tak boleh nak buat sesuka hati aje. Tak pasal-pasal kena saman.

Pastu aku pun nak ucap terima kasih kat kawan aku ni. Kalu dia tak bagi pinjam duit la, tak tau apa jadik. Memang settle sewa rumah, belanja dapur, utility bills, phone, mobile broadband, semua lah. Terima kasihlah adindaku. He he he

Oklah aku dah tak de idea nak tulis apa. Nak tengok TV kalau ada cerita yang boleh aku layan. TV ni selagi tak terbenam matahari, anak aku yang Abbas akan conquer channel cartoon. Paling best dia akan cakap dengan aku "Baba, tengok cartoon apa ada". Paham tak? Aku mula-mula tak paham apa dia "kartoon apa ada" Lelama baru aku faham. Korang faham apa dia "cartoon apa ada?" Tak faham? Lu pikir la sendiri...

Monday, February 9, 2009

Tak de tajuk

Hari ni hari Isnin, esok selasa dan mustahil esok Rabu. Kalau ada sesiapa kata esok Rabu itu tandanya dia dah hilang ingatan dan cepat-cepat la ke hospital. he he he... Hari ni nak cerita apa yee? Tak de cerita yang menarik untuk aku cerita kat sini. Maklumlah, asyik terperap aje kat rumah. Kat luar masih lagi hujan, cuaca dalam beberapa hari ni tak menentu betul. Jadi otak aku pun macam cuaca kat London ni, kadang-kadang ok, kadang-kadang jadi tak berapa ok, tapi jangan takut, lum sampai tahap kronik.

Hari ni bangun aje pagi tak sempat mandi pun (memang malas nak mandi...sejukkk), terus online sebab dah janji dengan Mimi nak skype dengan orang kat Malaysia. Mula-mula tu memang payah nak dapat, tapi selepas beberapa kali cuba akhirnya dapat gak Ina dan anak-anak berborak dengan Mak, adik beradik dan anak-anak buah. Kesian ngan mak mertua ku, aku tengok dia sedih aje bila bercakap dengan Ina dan cucu-cucu dia yang jauh ni. Sampai menitis air mata mengenangkan nasib anak-anaknya dan terutama yang ada di London ni. Dan ini khas buat Mak "Mak jangan sedih-sedih, kami kat sini alhamdulillah selamat. Saya akan jaga Ina dan anak-anak sebaik-baiknya (InsyaAllah)" Buat adik beradik lain "Jangan sesekali mengecilkan hati seorang ibu. Kak Lang pulak jangan lupa, bila masak sodap-sodap tu jangan lupa untuk mak...malam tadi masak pizza dah bagi kat mak lum? ... he he he. Biasalahkan, Kak Lang kan anak perempuan yang sulung, dan jangan bagi mak tu kerja berat-berat, nanti jatuh lagi. Suruh aje mak tu duduk umah Kak Lang atau Juli. Tapi saya rasa rumah Kak Lang lagi sesuai kot. Sebab apa? Sebab kak Lang kan dah pencen. Ho ho ho. Kak lang jangan terasa hati dengan saya lak ye. Saya gurau aje. Dah lama tak gurau ngan Kak Lang he he he. Nanti jangan lupa datang sini, saya bawa gi jalan-jalan kat London ni. Jangan lupa bawa mak sekali. Paling best datang dalam bulan Julai sebab Sumayyah dah start cuti sekolah akhir bulan tu. Cuaca pun insyallah ok kot bulan tu, tak de la sejuk sangat macam sekarang."

Akhir kata dari saya yang sedang malas tahap gaban ni,
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu layuan
Intai kami antara nampak (guna skype la tu..)
Esok jangan rindu-rinduan (datang je sini..)

Friday, February 6, 2009

White Monday in Yiewsley






































Monday, February 2, 2009

Sembang-sembang Pagi

Atas ketangkasan paparazzi X, satu adegan menarik dapat dirakam.
(Atas sebab-sebab tertentu bahasa telah diubah kepada bahasa kebangsaan)

Boy: Hey Girl, My name is Kent. Ho 'bout u?

Girl: Kita akap melayu la..Kita Soffiya
Boy: Soli la. Kita nak ajak ain-ain. Tu umah kita.
Girl: Ala, kita malu la.

Boy: Pesal nak malu lak. Ala..kita-kita je yang ain. Takyah ajak Abbas yang kuat nangis tu. Kakak awak tu pun takyah la ajak.
Girl: Eh.. ana oleh. Mama kita manyah gi sorang-sorang.

Boy: Umah kita anyak ainan. Best tau...
Girl: Umah kita pun.
Boy: Tapi kita nak ain ngan awak.
Girl: Poblem gak ni...

Boy: Ha ha ha..itu pun poblem. Easy aaa..
Girl: Awak ni..alu kita hi hi hi.

Bot: Eh..awak nak gi ana tu?
Girl: Mama kita ampak la...Chow dulu.

Girl: Ala Mama.. Opie kawan jer. Sungguh..kita takde apa2.

Happy Buzday Sumayyah



Semalam 1 Februari 2009, genaplah umur anakku yang sulung Khaireen Sumayyah 6 tahun. Sekejap aje masa berlalu, sedar-sedar anak daraku dah besar dah. Semoga Sumayyah menjadi anak yang cemerlang dan solehah, Amin.



Sempena harijadi Sumayyah, kami mengadakan majlis makan kecil-kecilan. Hanya menjemput dua tiga keluarga berdekatan sebagai hajat Sumayyah. Dia nampaknya masih rindu dengan sepupunya yang ramai di Malaysia. Selalunya setiap tahun, kami tak pernah ketinggalan mengadakan majlis makan2. Nampaknya kena la juga kami meneruskan tradisi tu kat sini. Takpelah, yang penting anak2 happy.