BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 27, 2009

Oxford Street





Bersama dengan keluarga Kak Hjh semasa tunggu bas menuju ke Underground Heathrow.



Satu, dua, tiga...snap.

Rasa-rasanya basikal roda tiga tu ada jual tak kat car boot?

Keluar aje dari Underground, tu dia punyalah ramai manusia berada diOxford Street.



Tu dia...Donald Duck Malaysia

Di hadapan bangunan Selfridges (betul ke aku eja).

Soffiya yang kena paksa duduk dalam stroller.

Yang ni memang kegemaran Sumayyah kalau bab melukis ni.

Tu dia...Spiderman dari The Brambles.

Spaiderman and spidermama.

Butterfly The Brambles.

Besarnya mata spiderman ni...takut Baba kalau kena fire.

Kembang hidung butterfly ni selepas buat face painting.

Sebenarnya Mama dia pun teringin nak buat, tapi disebabkan umur dah masuk 33 tahun, color yg nak digunakan tu tak sesuai. Kena guna cat rumah. he he he jangan marah yo

Spiderman and Butterfly ni, kedua-duanya tak boleh terbang.

ehh main peluk-peluk la pulak lakibini ni.ish ish ish

Siapa kuat makan?

Siapa cakap datuk Spiderman tak de? aku jumpa kat Oxford Street lagi.

Perjalanan balik. Ponekkkkk

Tuesday, May 26, 2009

Ulang tahun Ina





Wednesday, May 20, 2009

Greenwich

Tak tinggal botol susu dia, walaupun di tengah-tengah garisan 0 degree.

Biniku siap gelek tarian hindustan di hadapan Queen's House sambil disaksikan beribu-ribu pengunjung.

Gaya jurufoto professional untuk mendapatkan emej yang terbaik.

Siap kena marah sebab main bola dalam National Maritime Museum.

Budak ni memang pandai bergaya depan kamera.

Kanak-kanak riang ria.

Soffiya dengan Uncle Zainalnya cukup manja.

Renunganya sampai ke Kuching Sarawak walaupun tuan punya badan masih di UK. ish ish ish

Gaya 4 orang Abdul.Dari kiri:Abdul Jafry, Abdul Khubaib, Abdul Zainal dan Abdul Jailani.

Cuti Easter April

























Friday, May 15, 2009

Rumah baru kami

Lama juga aku tak update blog aku ni. Almaklumlah sejak pindah rumah baru ni bertambah-tambah malasnya nak mengupdate. Hari ni aku nak cerita pasal rumah baru yang aku tinggal sekarang ni. Rumah ni ada 3 bilik dan 1 bilik air. Tapi 1 bilik aku dah sewakan pada pasangan dari Spain. Pasangan ni hanya tinggal kat rumah ni hanya 3 malam dalam 1 bulan. Setiap bulan pasangan ni akan datang sebab suaminya perlu mendapat perubatan hospital kat sini. Jadi setelah berbincang dengan Ina kami pun setuju dengan bayaran 250 pound sebulan. Sebenarnya Landlord yang bagi cadangan, tapi hanya untuk tidur sahaja tanpa memasak kat dapur. Sebenarnya pasangan ni dah sewa kat bilik rumah ni dekat 3 tahun. Tapi ok gak aku dapat sewa kat pasangan ni, sekurang-kurangnya lepas juga segala perbelanjaan bil rumah ni untuk 1 bulan. Itu pun aku rasa ada baki lagi untuk simpanan hari tua. he he he. Tentang apa penyakit yang dia hadapi aku tak tahu sangat, cuma mengikut cerita isterinya suami dia ni pernah hilang ingatan selama 5 bulan akibat accident semasa bekerja kat Heatrow dulu. Sekarang ni nampak macam ok gak, cuma terlalu peramah dan suka cakap berulang-ulang pada perkara yang sama aje. Loteh acik nak layan dia ni. He he he