BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 16, 2009

Warwick and Stratford On Avon

Ahli rombongan makcik Kiah ke Warwick University. Tetiba aje ada jejaka seorang disitu.Ish ish ish

Pekan Warwick

Sumayyah bergaya dengan topi adiknya.

Sama tak gaya Abbas dengan gambar yang ada di bajunya?

Eeee... takutnya kat harimau.

Warwick Castle. Ambil gambar dari jauh aje. Nak masuk mahal sangat, sampai 17.95GBP per adult. Tak kuaso den.







Rendang ayam yang disponser oleh keluarga Marina

Rasa-rasanya siapa yang buat kuih karipap ni?

Mee ni nampak aje tak sedap, tp kalau makan mesti nak tambah lagi. Biasalah...chef terkenal masak apa pun sedap.

Terasa macam dipagi raya lak pulak. Ish ish ish

Kalau ada sesiapa yang tak tahu ni makanan apa, dah dekatlah tu. he he he

Makan-makan sambil berbincang masalah negara.

Budak ni rasa-rasanya nak buat apa?

Dia sebenarnya nak uuk uuk(berak la)















Monday, June 8, 2009

Freecycle

Hari ni aku nak cerita pasal sumber pendapatan secara tak langsung kami sekeluarga. Sebenarnya dah sebulan aku dan Ina memegang jawatan freecycler. Kerjanya cukup mudah, jimat dan hanya menggunakan sedikit tenaga dan kesabaran.
Caranya mudah sahaja, kita hanya perlu mendaftar dengan freecycle.org, dengan menggunakan email yahoo, pilih kawasan dan tunggu sahaja offer di mailbox yahoo anda. Walaupun dah ramai yang join tetapi masih ramai juga yang tidak tahu. Yang penting barang yang di iklankan semuanya FREE.
Selamat mencuba.

Alamari baju dan chest drawer merupakan harta rampasan kami yang pertama.(Greennford)



Tv ni kami dapat dekat Cowley Road.

Sofa yang besar gedabak ni kami dapat dekat Ickenham.

Almari tv ni kami dapat dekat Iver.

Tayar dengan sport rim ni pun aku sebat. Sama saiz dengan tayar kereta aku 15 inci.

Dan pada hari ini aku mendapat 3 jenis barang (bike, footstool dan sepasang kerusi) ditempat yang sama di Maidenhead Slough.

Sebenarnya ada 2 jenis barang lagi yang aku dapat (trampolin dan heater) yang tak dapat aku downloadkan disini.

Sunday, June 7, 2009

Boring-boring petang ahad














Model baru dalam pasaran kat UK ni. Kalau ada sesiapa nak booking bolehlah tempah segera, kerana model ni hanya dibuat sebanyak 10 buah sahaja.

Spesifikasi:
- Engine 4.0cc V8 intercooler twin turbo.(560BHP)
- Max top speed hampir 300mph bukan km.
- 0 - 100 9 sec. Lambat sikit sebab ada menatang kat belakang tu.
- Dual air bag.
- ABS breake sistem.
- Toilet beserta dengan pam.
- 1 set ruang tamu dan 1 set bilik tidur.
- Dapur fully-furnished termasuk kelengkapan pinggan mangkuk untuk 5 orang makan.
- Sebelum terlupo, model ni tak yah hantar MOT selama 10 tahun, tak payah bayar duit api dan gas serta cukai tanah.

Sebenarnya banyak lagi yang tidak dapek den nak tulis sebab den maleh.
Harga boleh dirunding. Tak mahal, murah aje.

Sekian untuk kali ini.

Thursday, June 4, 2009

Hari sukan sekolah

Kalau nak tahu nilah guru sukan sekolah St' Matthew's Primary School. Macam kona aje. Kek mano jumpo budak ni yee.







Acara seterusnya pemainan duduk-duduk menunggu giliran masing-masing.

Sebenarnya kami disediakan di tempat duduk grand stand. Tapi disebabkan cuaca panas kami memilih duduk dibawah sinaran matahari yang agak panas.

Den ingatkan kudo bolang tadi. Bilo lak kudo bolang pandai ambil gambar. Digital lagi.(bapak siapa la tu)

Eh macam kona aje budak yang pakai suar pendek warna merah tu.Oooo anak den ghuponyo.

Ekau cari apo tu Mayyah. Baba kat sini.
Haiii... Mayyah bersama dengan cikgu kelasnya. Nama melayu cikgu dia Bawah kayu.Kalau nama orang putih Mrs Under Wood. Mulo2 tu den tak caya, tp memang betul nama dia.ish ish ish

Acara nak di mulakan. 1.. 2.. go









































Dan akhirnya anak den dapat no 1 meninggalkan rakan-rakannya jauh kebelakang. Hore hore

Dah 3 acara anak den masuk. tiga-tiga anak den dapat no 1. Teringat masa den sekolah dulu, kalau masuk 5 acara semua den monang no 1. Betullah kato bidalan mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi. he he he

Ha tu dah tak de kojo lah tu. Nak gak masuk acara sukan untuk kanak-kanak. ish ish ish





Kat sini pun ada polis gak. Biar betul...Ooo takut mak bapak tak pueh hati kalau anak dio kalah...





Nilah hadiah yang Sumayyah dapat. Stiker no1 ada 3. he he he