BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 26, 2014

Cerita kami part 1

Lama betul aku tak menulis blog aku ni. Ni semua facebook punya pasal. InsyAllah aku start balik menulis atas keyboard ini. Seingat aku last aku update blog ni semasa anak yang ke 3. Lepas kelahiran anak yang ke 4 langsung tak de apa2 yang baru di blog ni. Sekarang ni anak dah ada 5.Dari Malaysia ni musim panas sekarang dah nak masuk musim sejuk...hahaha. Kalau dulu blog ni banyak menceritakan tentang kehidupan di UK,sekarang nak cerita kehidupan di tanah air tercinta. Oklah saya nak cerita tentang anak-anak saya yang 5 orang ni. Anak pertama sekarang dah jadi anak dara. Sekarang dah masuk tahun 5. Ramai orang kata kalau anak sulung perempuan bagus.Sebab bila kita dah tua nanti dia boleh jaga kita. Ini orang yang kata. Bukan saya,saya cuma memanjang kan apa yang orang kata. Bagi saya perempuan atau lelaki tak penting, cara didikan yang ibubapa berikan yang paling penting.Kalau dari kecil kita ajar cara menghormati ibubapa atau orang-orang tua,Insyallah mereka mampu melaksanakan tanggungjawap mereka pada masa akan datang. Ok,sekarang anak saya yang kedua. Sekarang ni dah masuk sekolah tahun 3. Orang kata muka dia sama dengan saya masa saya kecil dulu. Yang itu saya akui.Sebab saya masih simpan gambar semasa saya kecil. Memang seiras, cuma masa kecil dulu saya berani,tapi anak saya ni agak penakut sikit.hehehe. Kutuk anak sendiri tu.... Bersambung....

0 comments: