BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 22, 2019

JANGAN BERHENTI BERDOA

Salam semua.

Hari ini saya nak bercerita tentang kekuatan sesuatu doa. Allah menyeru kepada sekelian manusia supaya berdoalah banyak2 sesungguhnya Aku akan memakbulkan doa hambaKu.

Peristiwa ini berlaku 2 minggu sebelum puasa tahun 2018. Kebetulan pula waktu itu Mak Mertua saya akan ke Mekah untuk menunaikan umrah bersama anak lelaki, menantu dan anak perempuannya, seorang owner travel. Biasalah sebelum nak bertolak tu Mak minta anak-anak beliau untuk menulis doa-doa yang akan dibaca di Mekah nanti. Penuh kawasan menunggu di KLIA dengan ipar duai saya mengarang doa. Alhamdulillah isteri saya antara orang menulis doa yang sangat panjang untuk Ibunya baca di Mekah. Habis sahaja isteri saya menulis dia pun minta supaya saya menyemak doa-doa yang ditulis.

Mata saya terus tertumpu kepada ayat yg ditulis supaya suami dia (saya lah tu 😁) di jauhkan dari KETAGIHAN MEROKOK. Dalam hati semasa itu, saya hanya membaca tanpa ada perasaan. Bayangkanlah saya dah terjebak dengan rokok seawal usia saya 14 tahun lagi. Waktu itu saya tinggal di asrama. Siapa yang tak kenal dengan kenakalan saya di asrama. Gantung sekolah pun pernah selama 2 minggu disebabkan rokok, apatah lagi di rotan guru. Sekarang umur saya hampir 45 tahun. So bolehlah kira sendiri berapa lama saya dah terjebak dengan rokok ini.

Ok untuk dijadikan cerita, seminggu sebelum Mak Mertua ke Mekah saya telah dijangkiti batuk dan sakit tekak yang teruk sangat. Sehinggakan saya nak solat tarawih di Masjid pun tidak selesa sebab saya akan batuk non stop. Saya dapat rasakan yang batuk saya akan mengganggu jemaah lain. Kadang kala saya akan batuk sampai termuntah apa yang saya makan semasa berbuka puasa. Sehinggalah terdetik di hati yang saya kena berhenti sebentar merokok ini atau mungkin kurangkan bilangan batang rokok. Alhamdulillah dengan cara itu batuk saya beransur-ansur kurang. Tapi biasalahkan, bila batuk telah berkurang, bilangan batang rokok dihisap kembali macam biasa.

Jumpa Dr pun kalau tak silap saya dah 6 kali. Hinggakan Dr yg last saya jumpa di Klinik Kesihatan Seremban berkata, "You stop smoking dulu then you boleh jumpa saya."

Betul-betul sentap jiwa saya waktu tu. Ialah, hampir 6 bulan saya terpaksa hidup dengan batuk ini.

Sehinggalah pada petang Jumaat, 12 Okt 2018, sebelum balik kerja, saya berTEKAD. Waktu itu, rakan sepejabat nak pinjam rokok dengan saya. Lalu saya terus berkata kuat dalam hati,

"AKU KENA KUAT. AKU KENA TINGGALKAN BENDA NI. AKU KENA KUAT."

Tanpa berfikir panjang saya seluk poket seluar dan berkata kepada rakan saya tadi, "Kau ambil rokok ni semua sekali. Aku nak berhenti."

Alhamdulillah. Selepas hampir 7 bulan aku berjaya menghindarkan diri dari rokok. Ramai bertanya tips bagaimana saya boleh berhenti merokok. Saya hanya boleh kata, HATI KENA KUAT dan selalulah BERDOA dengan Yang Maha Kuasa.


Selalunya atas meja ni mesti ada kotak rokok. Waktu ni baru belajar berhenti ni. Lokasi di kedai favorite kami, D'Sawah Breakfast, Ulu Bendul, Kuala Pilah

Ni yang latest setelah hampir 7 bulan berhenti merokok. Nasib baik pakai baju, kalau tidak nampak 6 packs tu 😄😄😄.

Bukan saya yang kata. Orang yang kata.

OK bye.

0 comments: