BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 26, 2019

RUMAHTANGGA BERCELARU

Salam Semua.

Hari ni saya nak berkongsi cerita berkenaan pengalaman berhadapan dengan ragam rumahtangga orang. Bukan nak mengata, apatah lagi nak membawang (bukan sama ke 😏). Tapi lebih kepada pengajaran.

Suatu hari, saya menerima panggilan dari seorang Puan yang ingin mengadu berkenaan kehidupan beliau yang dah porak peranda dengan pelbagai masalah.

Ceritanya begini, beliau pernah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki A. Akan tetapi jodoh tidak panjang. Lelaki A telah menceraikan beliau ketika sedang mengandung. Untuk perempuan yang mengandung, tempoh eddah adalah sehingga melahirkan anak. Tempoh tu agak lama dari eddah cerai biasa.

Sehinggalah melahirkan anak,  beliau kemudiannya bernikah dengan lelaki B tanpa pengetahuan lelaki A. Perkahwinan berlangsung sehingga beliau mengandung dan melahirkan anak yang ke 2 dengan lelaki B. Selepas itu baru lelaki A dapat tahu yang bekas isteri dia telah berkahwin dan melahirkan anak bersama dengan lelaki B.

Maka disinilah bermulanya episod hitam bagi si pengadu.

Menurut Puan, lelaki A pernah meRUJU' dia semasa dalam tempoh eddah mengandung anak pertama. Disebabkan kejahilan tentang hukum dan peraturan, beliau tidak merujuk perkara ini kepada yang ahli iaitu pihak Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam. Sehinggalah beliau bernikah kali ke 2 dengan lelaki B. Saat pernikahan itu, beliau hanya menyediakan sijil cerai tanpa memikirkan perihal ruju' yang telah berlaku semasa tempoh eddah. Beliau telah abaikan perkara itu sehinggalah beliau dapat tahu ruju' yang berlaku antara dia dengan suami pertama adalah sah di sisi hukum.

Yang menjadi masalahnya sekarang adalah status perkahwinan Puan tersebut dan anak yang telah dilahirkan. Beliau sangat mengharapkan jawapan dari saya. Saya terdiam dan cuma mampu meminta beliau rujuk perkara ini kepada pihak Mahkamah Syariah untuk next tindakan.


Majlis Kahwin di Galeri Di Raja Seremban (gambar hanya hiasan)
OK Bye.

0 comments: