BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 6, 2019

Bukit Melati

Salam.

Beberapa minggu lepas saya dan isteri bersama geng2 Agensi Nuclear Malaysia panjat bukit Melati di Bandar Baru Nilai. Ok juglah bukit Melati ni. Kalau sesiapa yang masih baru atau baru nak mencuba mendaki bukit atau gunung, bukit melati ni adalah sangat sesuai untuk training percubaan. Bukit Melati ni ada beberapa puncak bukit seperti Cantipede Hill, Monkey Hill, Cobra Hill dan Mosquito Hill.

Lepas makan pisang

Add caption

Berhenti rehat



SALAM RAMADHAN 1440H

Salam

Hari ini 5 Mei 2019 bermulalah puasa ramadhan 1440H. Alhamdulillah kami dapat berjumpa lagi ramadhan untuk tahun ini. Semoga ibadah puasa kami diterima oleh Allah SWT dan diberi ganjaran yang besar disisiNya. AMIN.

Teringat dulu pernah berpuasa selama 18 jam.


Friday, April 26, 2019

RUMAHTANGGA BERCELARU

Salam Semua.

Hari ni saya nak berkongsi cerita berkenaan pengalaman berhadapan dengan ragam rumahtangga orang. Bukan nak mengata, apatah lagi nak membawang (bukan sama ke 😏). Tapi lebih kepada pengajaran.

Suatu hari, saya menerima panggilan dari seorang Puan yang ingin mengadu berkenaan kehidupan beliau yang dah porak peranda dengan pelbagai masalah.

Ceritanya begini, beliau pernah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki A. Akan tetapi jodoh tidak panjang. Lelaki A telah menceraikan beliau ketika sedang mengandung. Untuk perempuan yang mengandung, tempoh eddah adalah sehingga melahirkan anak. Tempoh tu agak lama dari eddah cerai biasa.

Sehinggalah melahirkan anak,  beliau kemudiannya bernikah dengan lelaki B tanpa pengetahuan lelaki A. Perkahwinan berlangsung sehingga beliau mengandung dan melahirkan anak yang ke 2 dengan lelaki B. Selepas itu baru lelaki A dapat tahu yang bekas isteri dia telah berkahwin dan melahirkan anak bersama dengan lelaki B.

Maka disinilah bermulanya episod hitam bagi si pengadu.

Menurut Puan, lelaki A pernah meRUJU' dia semasa dalam tempoh eddah mengandung anak pertama. Disebabkan kejahilan tentang hukum dan peraturan, beliau tidak merujuk perkara ini kepada yang ahli iaitu pihak Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam. Sehinggalah beliau bernikah kali ke 2 dengan lelaki B. Saat pernikahan itu, beliau hanya menyediakan sijil cerai tanpa memikirkan perihal ruju' yang telah berlaku semasa tempoh eddah. Beliau telah abaikan perkara itu sehinggalah beliau dapat tahu ruju' yang berlaku antara dia dengan suami pertama adalah sah di sisi hukum.

Yang menjadi masalahnya sekarang adalah status perkahwinan Puan tersebut dan anak yang telah dilahirkan. Beliau sangat mengharapkan jawapan dari saya. Saya terdiam dan cuma mampu meminta beliau rujuk perkara ini kepada pihak Mahkamah Syariah untuk next tindakan.


Majlis Kahwin di Galeri Di Raja Seremban (gambar hanya hiasan)
OK Bye.

Monday, April 22, 2019

JANGAN BERHENTI BERDOA

Salam semua.

Hari ini saya nak bercerita tentang kekuatan sesuatu doa. Allah menyeru kepada sekelian manusia supaya berdoalah banyak2 sesungguhnya Aku akan memakbulkan doa hambaKu.

Peristiwa ini berlaku 2 minggu sebelum puasa tahun 2018. Kebetulan pula waktu itu Mak Mertua saya akan ke Mekah untuk menunaikan umrah bersama anak lelaki, menantu dan anak perempuannya, seorang owner travel. Biasalah sebelum nak bertolak tu Mak minta anak-anak beliau untuk menulis doa-doa yang akan dibaca di Mekah nanti. Penuh kawasan menunggu di KLIA dengan ipar duai saya mengarang doa. Alhamdulillah isteri saya antara orang menulis doa yang sangat panjang untuk Ibunya baca di Mekah. Habis sahaja isteri saya menulis dia pun minta supaya saya menyemak doa-doa yang ditulis.

Mata saya terus tertumpu kepada ayat yg ditulis supaya suami dia (saya lah tu 😁) di jauhkan dari KETAGIHAN MEROKOK. Dalam hati semasa itu, saya hanya membaca tanpa ada perasaan. Bayangkanlah saya dah terjebak dengan rokok seawal usia saya 14 tahun lagi. Waktu itu saya tinggal di asrama. Siapa yang tak kenal dengan kenakalan saya di asrama. Gantung sekolah pun pernah selama 2 minggu disebabkan rokok, apatah lagi di rotan guru. Sekarang umur saya hampir 45 tahun. So bolehlah kira sendiri berapa lama saya dah terjebak dengan rokok ini.

Ok untuk dijadikan cerita, seminggu sebelum Mak Mertua ke Mekah saya telah dijangkiti batuk dan sakit tekak yang teruk sangat. Sehinggakan saya nak solat tarawih di Masjid pun tidak selesa sebab saya akan batuk non stop. Saya dapat rasakan yang batuk saya akan mengganggu jemaah lain. Kadang kala saya akan batuk sampai termuntah apa yang saya makan semasa berbuka puasa. Sehinggalah terdetik di hati yang saya kena berhenti sebentar merokok ini atau mungkin kurangkan bilangan batang rokok. Alhamdulillah dengan cara itu batuk saya beransur-ansur kurang. Tapi biasalahkan, bila batuk telah berkurang, bilangan batang rokok dihisap kembali macam biasa.

Jumpa Dr pun kalau tak silap saya dah 6 kali. Hinggakan Dr yg last saya jumpa di Klinik Kesihatan Seremban berkata, "You stop smoking dulu then you boleh jumpa saya."

Betul-betul sentap jiwa saya waktu tu. Ialah, hampir 6 bulan saya terpaksa hidup dengan batuk ini.

Sehinggalah pada petang Jumaat, 12 Okt 2018, sebelum balik kerja, saya berTEKAD. Waktu itu, rakan sepejabat nak pinjam rokok dengan saya. Lalu saya terus berkata kuat dalam hati,

"AKU KENA KUAT. AKU KENA TINGGALKAN BENDA NI. AKU KENA KUAT."

Tanpa berfikir panjang saya seluk poket seluar dan berkata kepada rakan saya tadi, "Kau ambil rokok ni semua sekali. Aku nak berhenti."

Alhamdulillah. Selepas hampir 7 bulan aku berjaya menghindarkan diri dari rokok. Ramai bertanya tips bagaimana saya boleh berhenti merokok. Saya hanya boleh kata, HATI KENA KUAT dan selalulah BERDOA dengan Yang Maha Kuasa.


Selalunya atas meja ni mesti ada kotak rokok. Waktu ni baru belajar berhenti ni. Lokasi di kedai favorite kami, D'Sawah Breakfast, Ulu Bendul, Kuala Pilah

Ni yang latest setelah hampir 7 bulan berhenti merokok. Nasib baik pakai baju, kalau tidak nampak 6 packs tu 😄😄😄.

Bukan saya yang kata. Orang yang kata.

OK bye.

Thursday, April 18, 2019

SUDAH 6 ORANG

Salam semua. Lama tak update blog. Sampai dah lupa yang saya ni ada blog. Nak tinggalkan terus sayang pulak, sebab mingkin ini akan menjadi tatapan anak2 dimasa akan datang. InsyAllah kalau ada kelapangan saya akan cerita lagi.