Wednesday, May 27, 2009
Oxford Street
Posted by MOHD KHUBAIB DAN RUZALINA at 5:18 PM 0 comments
Tuesday, May 26, 2009
Wednesday, May 20, 2009
Greenwich
Tak tinggal botol susu dia, walaupun di tengah-tengah garisan 0 degree.
Biniku siap gelek tarian hindustan di hadapan Queen's House sambil disaksikan beribu-ribu pengunjung.
Gaya jurufoto professional untuk mendapatkan emej yang terbaik.
Siap kena marah sebab main bola dalam National Maritime Museum.
Budak ni memang pandai bergaya depan kamera.
Kanak-kanak riang ria.
Soffiya dengan Uncle Zainalnya cukup manja.
Renunganya sampai ke Kuching Sarawak walaupun tuan punya badan masih di UK. ish ish ish
Gaya 4 orang Abdul.Dari kiri:Abdul Jafry, Abdul Khubaib, Abdul Zainal dan Abdul Jailani.
Posted by MOHD KHUBAIB DAN RUZALINA at 10:06 AM 0 comments
Friday, May 15, 2009
Rumah baru kami
Lama juga aku tak update blog aku ni. Almaklumlah sejak pindah rumah baru ni bertambah-tambah malasnya nak mengupdate. Hari ni aku nak cerita pasal rumah baru yang aku tinggal sekarang ni. Rumah ni ada 3 bilik dan 1 bilik air. Tapi 1 bilik aku dah sewakan pada pasangan dari Spain. Pasangan ni hanya tinggal kat rumah ni hanya 3 malam dalam 1 bulan. Setiap bulan pasangan ni akan datang sebab suaminya perlu mendapat perubatan hospital kat sini. Jadi setelah berbincang dengan Ina kami pun setuju dengan bayaran 250 pound sebulan. Sebenarnya Landlord yang bagi cadangan, tapi hanya untuk tidur sahaja tanpa memasak kat dapur. Sebenarnya pasangan ni dah sewa kat bilik rumah ni dekat 3 tahun. Tapi ok gak aku dapat sewa kat pasangan ni, sekurang-kurangnya lepas juga segala perbelanjaan bil rumah ni untuk 1 bulan. Itu pun aku rasa ada baki lagi untuk simpanan hari tua. he he he. Tentang apa penyakit yang dia hadapi aku tak tahu sangat, cuma mengikut cerita isterinya suami dia ni pernah hilang ingatan selama 5 bulan akibat accident semasa bekerja kat Heatrow dulu. Sekarang ni nampak macam ok gak, cuma terlalu peramah dan suka cakap berulang-ulang pada perkara yang sama aje. Loteh acik nak layan dia ni. He he he
Posted by MOHD KHUBAIB DAN RUZALINA at 10:58 AM 0 comments