BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 16, 2008

HILANG

Saya nak sambung balik cerita semasa balik dari MSD hari tu. Masa naik train dari Paddington Station ke West Drayton, Ina telah kehilangan bag duit. Itu pun ada seorang auntie (indian) beritahu kepada kami yang dia ternampak ada orang ambil bag duit Ina tu. Bila kita tanya balik kat untie yang ambil tu dia tak mengaku. Kecoh gak dalam train tu, sampai driver train pun kena masuk campur. Tapi apa akan daya undang-undang kat sini tidak membenarkan kami untuk menyelongkar bag wanita tua tu, maka kami terpaksa menerima hakikat bag Ina dah lesap. Nasib baik pasport tak de dalam beg tu, cuma kad bank, credit card yang ada dalam bag tu. Duit tak banyak cuma ada GBP16 aje. Itu pun kalau masuk tesco boleh beli makanan untuk seminggu dengan 16pound tu. Nasib nasib...

0 comments: