BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 16, 2008

SRT

Ni dia si budak baik yang kuat kacau abang dan kakaknya.


baby bayam masak sup ngan telur.. selera beb sejuk2 ni.


Lauk dendeng daging kegemaran aku. thank you my dear




Hari ni tugas aku cam biasa bangun pagi sembahyang. Mandi tu tengok keadaan kalau terlalu sejuk tak mandi la nampaknya. Biasanya mandi satu kali sehari, tp kalau pakai lotion 3kali sehari maklumlah kulit org melayu mana tahan sejuk, kalau sejuk mula la satu badan rasa gatal. Lotion tu mcm2 jenis dah pakai tinggal lg tak pakai bedak sejuk aje he he. Sekarang ni alhamdulillah dah ok dah tak gatal2 lagi. Kulit pun dah nampak cerah dan licin mengalahkan Maya Karin he he.
Lepas tu tugas aku hakiki kat sini selama 3 tahun hantar Sumayyah kat sekolah. Kadang2 rasa malas nak hantar Sumayyah kat school sebab terlalu sejuk. Nasib baik sekolah tak jauh.


Lepas tu baru makan sarapan (biasanya Ina buat) kalau aku yang buat mati kelaparan la anak2 aku. Kalau hari tu Ina gi University kenalah aku menjadi SRT sepenuh masa. Biasanya si bongsu tu tak banyak masalah cuma biasalah budak2 mesti buat sepah punya. Satu rumah dia nak geledah. Pasal memasak tu tak jadi masalah kalau Ina tak sempat masak aku yang akan masak. Masak apa tu tak penting janji makan tak sakit perut. he he he. Sumayyah selalu cakap baba masak sedap. Tak caya? tanya dgn dia. Mungkin dia selalu balik sekolah lapar tu yang dia belasah tu. Abbas pulak lg tak de masalah, dia akan tengok kartoon samapai perut dia bunyi baru dia datang minta nasiiiii. Yang bestnya bagi apa saja (yg boleh makan) dia akan makan.


Dalam kul 3ptg aku akan ambil Sumayyah kat sekolah. Kadang2 Ina akan ambil sebab kesian kat budak2, sejuk kat luar. Petang cam biasa tak de aktiviti sebab sini kul 4 dah masuk maghrib. Malam cam biasa layar internet dan tengok tv sambil isteriku yang tak berhenti mengunyah.he he (tak gemok lagi). Aku kat sini makanan sampingan aku adalah aiscream HAAGEN-DAZS. Kat Malaysia bapak mahal. Kat sini harga tu dah convert pun still lg murah. Biasanya budak budak kul 9 dah kena paksa masuk tidur. Aku tengok keadaan kadang2 cepat tapi selalu paling lewat tidur.
Ni nak tanya SRT tu tahu tak? kalau tak tahu lu pikir la sendiri......


2 comments:

Anonymous said...

pak tehhhh...
srt tu ape....
hahahhahha..
fav kite sama la...
wani pn suke mkn aiskrim kat cn..

MOHD KHUBAIB DAN RUZALINA said...

SRT ialah suri rumah tangga la. he he he