BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 27, 2009

Ahad punya cerita

Setelah beberapa hari aku tak mengupdate blog aku ni, hari ni aku nak cerita mengenai aktiviti aku pada hari ahad minggu lepas. Sebenarnya tak de pon cerita yang menarik aku nak ceritakan sepanjang cuti sekolah minggu lepas. Maklumlah aku pun tak kemana-mana, hanya duduk kat rumah. Ingatkan nak bawa anak-anak jalan ke Exeter, tetapi ada masalah dalaman, maka terpaksa ditangguhkan lagi. Cuma pada hari ahad hari tu aku sekeluarga bersama abang Zainal yang dah kembali bujang, pergi ke car boot di Ickenham. Sebenarnya aku dah rancang dengan abg Zainal nak gi car boot tempat lain. Tetapi disebabkan tersalah masuk postcord kat tom-tom jadi dia bawa kat Ickenham ni. Cuaca pun ok sejak kebelakangan ni. Jadi tak payah lah aku nak pakai baju berlapis-lapis. Maklumlah, bila pakai baju berlapis-lapis ni nampak badan jadi gemok. Aku sekarang nikan dah kurus.he he he

Bila sampai aje kat car boot, mula-mula sekali aku nak cari camera stand(pusing-pusing). Hari tu cari kat car boot Hayes dah jumpa, tapi ada rosak sikit, nasib baik aku tak terbeli. Kalau tak, alamat tak leh nak pakai. Jalan punya jalan aku jumpa stand untuk camera aku. Harga dari 5pound dapat 4pound. Ok gak harganya, dari beli yang baru, paling murah pun aku jumpa kat argos 20pound, tak kuasa aku nak beli yang mahal-mahal.

Cam biasa bila kat car boot ni, tentera-tentera aku mesti nak minta macam-macam. Nasib baiklah kat car boot ni harga barang mainan teramatlah murah. Aku beli mainan kereta untuk Abbas 5 buah kereta cuma 1pound aje. Kalau mahal tak tahu lah aku nak cakap macamana dengan anak aku yang tak makan saman ni. Tapi biasalah, aku ni bila dengan anak-anak mesti selalu kalah. Terutama dengan Abbas, selagi dia tak dapat mainan yang dihajati selagi tu dia tak puas hati. Yang bestnya bila dah dapat mainan dia ajak kita balik rumah sebab nak main mainan tu kat rumah. Masa tu akan keluarlah berbagai alasan dari mulut dia nak ajak aku balik rumah. Tapi tulah perangai anak-anak aku yang mewarisi perangai aku masa kecil(agaknya).

Lepas keluar aje dari car boot abang Zainal ajak aku pergi ke Queensbury dekat dengan Wembley(kalau tak silap akulah)kalau salah tolong betulkan. Kat bandar ni banyak kedai yang menjual second hand perabot rumah. Nasib baik duit tak mengizinkan. Kalau tak, aku geram tengok sofa dia yang macam baru, tapi harga tetap harga second hand. Tapi tak pe, aku lama lagi kat sini. Insyallah bila dah hampir nak balik nanti kita cerita lain.

Lepas tu kami pergi Brant Cross shopping center yang tak jauh dari situ. Shopping center dia memang besar dan harganya agak mahal. Kami disitu tak lama, sebab Abang Zainal dah sakit kaki.

Lepas tu aku ajak abang Zainal pergi East Ham, ziarah Pak cik Daud dan Mak cik Halimah. Pak cik Daud ni aku kenal sebelum aku gi London lagi. Dia bersama isterinya dah menetap di London ni selama 38 tahun kalau tak silap aku. Bila aku telefon kata nak datang rumah punyalah dia suka, sebab anak-anak dia semua dah balik menetap di Malaysia , cuma anak dia yang bongsu masih lagi menetap disini. Sekurang-kurangnya dapatlah dia melepaskan rindunya kepada cucu-cucunya yang ada di Malaysia. Macam-macam dia masak untuk kami semua. Yang aku kagum dengan Pakcik Daud ni, walaupun anak-anaknya membesar di London, tapi kalau sembang dengan anak bongsunya pasal Islam, aku memang tabik kat dia. Payah nak cari orang macam tu kat bumi London ni. Yang ramai cuma "melayu mudah lupa". bak kata bekas PM.

Lepas aje solat maghrib kat rumah Pakcik Daud aku pun minta diri. Badan pun dah penat, perut pun dah kenyang, esok pula Sumayyah dah masuk sekolah balik. Dalam perjalanan balik tom-tom buat hal lagi. Kali ni dia bawa kami jalan M25 yang bapak jauhnya. Dahlah jalan jem semacam aje. Kesian kat abg Zainal. Nasib baik kereta auto, kalau manual, bertambah sakitlah kaki abg Zainal yang dah memang sakit tu. Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kat Abang Zainal sebab bawa kami sekeluarga jalan-jalan dari 7.30pagi hingga kul 9mlm. "Nanti kita jalan lagi" tulah yang keluar dari mulut abang Zainal selepas sampai rumah.

0 comments: