BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 5, 2009

Pecah!


Hari ni aku tak hantar Sumayyah ke sekolah. Tugas aku diambil alih oleh isteriku sebab dia nak gi U awal pagi. Cuaca pun dalam beberapa hari ni sejuk kembali. Tak tahulah kenapa. Walaupun dah spring, tapi sejuk macam winter lagi. Poning poning. Tapi tak baik kita mempertikaikan kejadian alam. Itu kerja Allah Yang Maha Esa. Kena terima walau kita tak berapa suka. Betul tak?

Selang beberapa minit Ina keluar dari rumah, hp aku pun berbunyi. Panggilan dari Ina menyatakan beberapa kereta kat bawah kena pecah cermin. Aku tanya Ina, kereta kita kena pecah tak? Dia tak perasan sebab dah lewat nak hantar Sumayyah ke sekolah. Ina suruh aku turun tengok kereta. Dalam hati ni hanya Tuhan aje yang tahu. Kalaulah cermin kereta aku pecah, maka terbanglah beratus Pound untuk baiki cermin kereta.

Bila aku turun aje kat bawah rumah aku tengok jiran aku tengah mengemas van dia yang dah kena pecah kedua-dua belah cermin. Nasib-nasib. Dalam menuju ke kereta aku, aku lihat kereta sebelah aku kena gak, tapi hanya sebelah aje yang pecah. Sampai kat kereta aku, alhamdulillah selamat. Siapa yang punya angkara ni??? Walaupun aku terselamat, tapi hati aku jadi geram dan buntu. Apa sebab mereka yang tak bermoral ni memecahkan cermin kereta? Ada 3 buah kereta yang kena pecah cermin pagi ni. Nak kata ada musuh, takkan sampai 3 kereta sekali. Bodoh betul siapa yang buat ni. Menyusahkan orang aje.

Sebenarnya ini pengalaman kali ke dua aku melihat kejadian seperti ini. Kali pertama, semasa aku pergi rumah Pakcik Daud kat East Ham. Kereta anak dia kena pecah cermin. Masa tu hanya 2 buah kereta aje yang kena pecah. Bila dengar pak cik Daud cerita, kebanyakan kes cermin pecah ni adalah disebabkan minum sampai tak ingat dunia. Terutama kalau pasukan bola mereka kalah. Suka-suka aje mereka ni nak pecah cermin kereta orang. Apalah nak jadi dengan dunia ni. Macam ni punya orang pun ada. Nasib nasib...

0 comments: