BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 4, 2009

Berita hari ini

Besok insyaAllah kami sekeluarga akan ke Wales selama 3 hari 2 malam. Kami akan ke sana bersama 5 keluarga. Hari ni badan aku terlalu penat, dari awal 5 pagi dah kena keluar rumah sebab kena hantar kawan dari Malaysia ke Hyde Park yang hendak ke europe mengikuti Kelana Konvoi. Nasib baik ada abang Zainal selaku pilot yang berkeliber tentang jalan-jalan di London. Kalau nak harap aku, setakat gi car Boot tu bolehlah... he he he.
Lepas aje balik dari Hyde Park kitaorang sarapan, lepas tu kitaorang pergi car boot kat area Denham. Besar gila car boot kat sini. Nak masuk parking pun dah jem. Macam-macam ada kat car boot ni, tapi aku hanya sempat beli seluar 2 helai aje. Ingatkan nak cari kasut bola, tapi manjang tak de size aje, semuanya saiz kecil (Semangat ni nak main bola).
Dalam kul 12.30 aku keluar dari car boot sebab dah janji dengan agent pasal urusan rumah. Semoga di permudahkan segala urusan kami dengan agent dan landload, InsyaAllah.
Baru aje aku nak lelap mata, jiran aku (minah saleh)datang suruh ambil katil anak dia sebab dia nak pindah besok, dia malas nak bawa katil tu sekali. Jadi disebabkan anak dia suka bermain dengan Abbas jadi dia bagi katil yang siap ada gelonsor tu. Yang jadi masalahnya, aku kena buka katil tu dulu baru boleh bawa keluar. Tu yang den maleh tu, dahlah berat. Tapi disebabkan katil tu pun masih elok dan cantik, nak tak nak aku buka jugalah walau badan aku rasa dah tak terdaya lagi.
Lepas aje selesai angkat mengangkat katil,tanpa membuang masa aku memelapkan mata aku yang dah tahap gaban dia punya mengantuk. Punyalah senang aku tidur sampai tak tahu apa yang berlaku kat luar rumah, sedar - sedar dah pukul 6.30 petang.
Lepas aje sembahyang Maghrib aku pun mulalah start pack barang-barang keperluan untuk ke Wales esok. Doakan kami semua selamat dalam perjalanan pergi dan balik. Amin

2 comments:

Anonymous said...

pakteh,car boot tu pe?tmpat org jual brg dr dlm boot kete diaorg ek?
g wales wat pe?jalan2?huhu~
bes r g jalan rmi2 dgn org mesia yg len

MOHD KHUBAIB DAN RUZALINA said...

Car boot tu macam orang jual barang macam pasar malam. Tp diaorang jual barang terpakai yang masih elok. Best gi car boot. Nanti mimi dtg sini kita gi.Baru malam tadi balik dr Weles. best gila gi sana.