BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 31, 2008

Gabra

Hari ni cam biasa tak gi mana2 sebab kat luar sejuk sangat. Bangun pagi, 0 degC. Ingatkan nak gi Tesco Hayes sebab barang2 pun banyak yang dah habis. Tapi tunggu petang lah selepas sembahyang asas. Sedang aku asyik melayan internet, aku dengar suara isteriku kat dapur sedang kesakitan. Aku pun dengan setangkas superman terus ke dapur dan aku dapati isteriku terjatuh. Dalam hati mungkin Ina terhantuk kat mana. Lepas tu aku dengar dia minta air. Sedang aku ambilkan air rupa2nya dia hampir tak sedar diri. Lalu dengan gelabahnya, aku terus peluk dia dan berikan dia air. Selepas tu baru dia tersedar dari pengsan yang tak sampai pun 30 saat. Rupa2nya dia tersedak sebab makan goreng pisang. Tapi tulah, nasib baiklah aku ada kat rumah. Andai kata aku tak de kat rumah cam ne ye?

Perkara ni sebenarnya pernah berlaku 1 kali dulu semasa isteriku bersalinkan Sumayyah kat Hospital Seremban. Masa tu aku dan Juli menemani Ina dalam bilik air selepas keluar dari labor room. Tapi tulah, kadang2 kita tak boleh nak tentukan kalau perkara ni nak berlaku di depan kita. Itunya penting kita amalkan doa2 pendinding terutama untuk keselamatan diri dan keluarga kita. Aku ni cakap aje pandai, buatnya tidak he he he.

Tapi bila duduk jauh dari keluarga ni, aku memang rasa gabra yang amat sangat bila teringatkan kejadian pagi tadi. Sampai ke malam ni, Ina nampak lemah dan dada sakit. Dia nak makan pun susah. Dia rasa macam salur makanan dia mengecil. Kesian tengok Ina. Mudah-mudahan perkara ni tidak la memudaratkan Ina. Amin.

Dalam kalut2 dan sibuk pikir nak masak apa malam ni, aku bersyukur sangat dengan kebesaran Allah. Yelah, Ina dah tumbang, kena la aku masak. Tengahari tadi dah masak nasi goreng... Dalam jam 6 lebih, tiba2 handphone aku berbunyi. Handphone ni selalunya berbunyi kalau mak aku dari Malaysia call. Dia baru je call aku pukul 3 tadi. Siapa agaknya? Rupa2nya abang Zainal yang duduk dekat jugak dengan rumah aku ni. Dia minta aku turun sebab ada lauk untuk kami. Masak lemak ikan salmon...Best giler. Tapi yg penting, aku tak perlu nak masak mlm ni. Hanya masak nasi. Syukur alhamdulillah. Terima kasih untuk abang Zainal dan Kak Linda. Sedap masak lemak akak.

2 comments:

Anonymous said...

gabra la baca sal mak teh tercekik..
hati2 ye sume..

ya allah,kau pelihara lah keluarga kami semua dibawah lindunganMu..amin

MOHD KHUBAIB DAN RUZALINA said...

alhamdulillah.. dah ok dah
thanx fr de doa

makteh