BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 28, 2008

SELAMAT AWAL MUHARRAM 1430H

Hari ni macam biasa, waktu pagi tak de aktiviti yang aku buat. Ingatkan nak gi car boot kat Uxbridge, tapi cuaca tak mengizinkan, terlalu sejuk kat luar tu. Hari ni 1 degC. Nak mandi pagi pun malas. Lepas aje sarapan aku pun tengok kartoon ngan Abbas. Sambil tu boleh gak aku menyakat anakku yang sorang ni sampai dia menangis. Biasalah, aku ni memang kuat menyakat anak2, sampai aku tengok bakat tu turun kat Abbas. Dia kalau tak kacau kakak dia satu hari memang tak sah. Kadang2 geram juga aku kat dia, tapi salah aku gak, sebab dia ikut cara aku kot. Ialah bak kata pepatah “mana tak tumpah kuah, kalau tak kat nasi”.

Dalam kul 12 aku cakap ngan Ina nak bawa budak2 gi Garden. Sebab dah janji ngan budak2 hari tu, jadi kenalah tunaikan janji. Kalau tak, puas nak jawab soalan dgn Abbas and Sumayyah. Kami ke Cowley Recreation Ground tak jauh dari rumah. Taman ni memang cantik, tepi sungai yang ada orang berumah dalam bot. Kadang2 aku pun pelik ngan manusia yang bernama org putih ni yang boleh hidup dalam bot, tak de rumah. Kalau akulah, memang tak mampu. Setakat nak duduk dalam 1 jam tu bolehlah. Sedang seronak budak2 main, Mayyah datang kat Mama dia beritahu dia nak poo poo. Memang leceh, pasal kat sini memang payah nak cari toilet. Sebab apa, pasal memang tak de. Jadi.. samada kena balik rumah atau cari tempat lain. Nasib baiklah budak2 ni dah main agak lama, kalau tak... orang yang paling marah ialah Abbas.







Lepas tu aku pun menuju ke arah Slough, ada taman jugak. Manalahh tahu ada toilet kat situ. Tapi tulah.. UK.. kat stesen minyak pun tak de toilet. Kemudahan memang kurang kalau nak di bandingkan dengan Malaysia. Bayangkanlah shopping complex kat Uxbridge yang besar tu pun cuma ada 1 toilet. Mungkin bangsa mereka ni tak suka gi toilet kot. Oklah, kita tak yah cerita pasal toilet lah. Dalam perjalanan nak ke Slough tu memang ada lagi 1 taman (Langley Park). Memang besar dan ada tapan tanda toilet, tapi toilet dia berkunci. Hampeh betul. Lepas tu apa lagi, Ina pun cuba la menyelesaikan masalah Sumayyah tu. Paham2lah cam ne kan. Tak yah cerita. Memalukan. Yang bestnya tak poo poo pun, wee wee aje.

Oklah, Langley Park ni memang besar dan cantik. Sampai naik longoh kaki aku kena tolak stroller Soffiya. Nak di jadikan cerita, pengalaman yang aku tak leh nak lupakan kat sini, Sumayyah kena kejar dengan anjing. Kesian kat dia, sampai menjerit dia menangis. Kalau tak de tuan dia tadi, memang aku terajang aje anjing dia ngan safety boot aku. Lepas tu tuan anjing tu buat tak tahu aje. Minta maaf pun tidak. Memang dasar orang putih spesis BAHALOL. Geram betul aku...

Tak berapa lama lepas tu, mak aku dari Malaysia telefon. Dia tanya yang aku ni dah baca doa akhir dan awal tahun ke belum. Aku cakap, lom lagi. Tapi dalam hati, memang aku lupa. He he he. So aku cakap ngan Ina kol 3 kita kena sampai rumah. Maghrib plak masuk kul 4. Tu yang nak kena kejar tu sebab lepas sembahyang asar kena baca doa akhir tahun dan lepas maghrib pulak kena baca doa awal tahun.








Mungkin tulisan ni tulisan terakhir aku dalam tahun hijrah. Dalam kesempatan ni aku nak ucapkan pada diri aku dan keluarga aku, Selamat Menyambut Awal Muharram 1430H dan Selamat Tahun Baru yang tinggal beberapa hari lagi.

2 comments:

MOHD KHUBAIB DAN RUZALINA said...
This comment has been removed by the author.
MOHD KHUBAIB DAN RUZALINA said...
This comment has been removed by the author.