BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 1, 2009

Macam-macam hal

Sedang aku makan dengan keluarga tetiba hp isteriku berbunyi. Panggilan dari seorang kawan menyatakan anak buahnya terkena histeria kat Brunei Hall. Yang tak bestnya dia minta aku pergi sana cuba ubatkan anak buahnya yang terkena histeria tu.(kena jadi bomoh) Tanpa bertanya dengan aku Ina pun terus setuju.
Kau ingat abang ni bomoh ke? Itulah jawapan yang keluar dari mulut aku. Sambil tergelak sampai nak pecah perut. Tapi disebabkan Ina dah janji nak tolong, maka aku terpaksalah pergi kat sana.

Apabila tiba aje kat sana aku dah dengar budak ni dah meracau-racau. Ramai juga warga-warga Brunei yang ada kat situ yang membantu membaca ayat-ayat al-Quran. Bila ditanya rupa-rupanya budak ni dah kena petang tadi.Dah nak hampir 5 jam budak ni meracau. Disebabkan aku takde pengalaman dalam bidang ni, maka aku cuma mampu membaca ayat-ayat yang aku tahu aje. Tapi Allah tu maha berkuasa sebab aku datang bersama seorang pak kiyai yang agak handal jugalah dalam bidang ini. Maka dengan izin Allah budak tu dah sedar dari rasukan syaitan tak lama selepas itu.

Sebenarnya disebalik peristiwa itu aku dapat simpulkan bahawa setiap manusia Allah telah beri kelebihan yang kadang-kadang dia sendiri tidak tahu apakah kelebihan yang ada pada diri mereka sendiri atau mereka tahu yang kelebihan itu ada, akan tetapi ia tidak digunakan atau disalah gunakan.
Maka fikir-fikirkanlah.

0 comments: