BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 1, 2009

Rumah sewa

Sekarang ni dok tengah sibuk cari rumah sewa. Setakat ni dah banyak agent yang dah kami hubungi. Ada yang boleh pakai dan ada yang harus di tong sampahkan selama-lamanya. Kalau dulu masa baru-baru sampai, bila dengar aje nama student yang nak menyewa, memang payah. Sombong nak mampus, dia ingat student Malaysia tak de duit ke?

Tapi sekarang dengan keadaan ekonomi mereka yang tak begitu baik, agent yang sombong pun dah jadi sopan santun. Maksud aku dah boleh terima studentlah. Rumah pun makin hari makin banyak untuk disewa. Kalau tengok kat right move, setiap hari mesti ada rumah baru untuk disewa. Aku pulak yang payah nak pilih rumah mana yang sesuai. Tapi yang pentingnya Insyallah kami akan pindah pada akhir bulan april nanti.

Doakan kami dipermudahkan amin

0 comments: