Friday, April 10, 2009
Abbas 4 tahun
Semalam adalah buzday anak lelaki aku Abbas yang ke 4 tahun. Dah besar anak aku yang sorang ni. Semoga Abbas menjadi anak yang cerdik dan soleh dimasa akan datang. Tak dilupakan nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Kak Hajah sebab membuat buzday party untuk Abbas. Sedap dapat makan, he he he.
Posted by MOHD KHUBAIB DAN RUZALINA at 11:15 AM 2 comments
Saturday, April 4, 2009
Berita hari ini
Besok insyaAllah kami sekeluarga akan ke Wales selama 3 hari 2 malam. Kami akan ke sana bersama 5 keluarga. Hari ni badan aku terlalu penat, dari awal 5 pagi dah kena keluar rumah sebab kena hantar kawan dari Malaysia ke Hyde Park yang hendak ke europe mengikuti Kelana Konvoi. Nasib baik ada abang Zainal selaku pilot yang berkeliber tentang jalan-jalan di London. Kalau nak harap aku, setakat gi car Boot tu bolehlah... he he he.
Lepas aje balik dari Hyde Park kitaorang sarapan, lepas tu kitaorang pergi car boot kat area Denham. Besar gila car boot kat sini. Nak masuk parking pun dah jem. Macam-macam ada kat car boot ni, tapi aku hanya sempat beli seluar 2 helai aje. Ingatkan nak cari kasut bola, tapi manjang tak de size aje, semuanya saiz kecil (Semangat ni nak main bola).
Dalam kul 12.30 aku keluar dari car boot sebab dah janji dengan agent pasal urusan rumah. Semoga di permudahkan segala urusan kami dengan agent dan landload, InsyaAllah.
Baru aje aku nak lelap mata, jiran aku (minah saleh)datang suruh ambil katil anak dia sebab dia nak pindah besok, dia malas nak bawa katil tu sekali. Jadi disebabkan anak dia suka bermain dengan Abbas jadi dia bagi katil yang siap ada gelonsor tu. Yang jadi masalahnya, aku kena buka katil tu dulu baru boleh bawa keluar. Tu yang den maleh tu, dahlah berat. Tapi disebabkan katil tu pun masih elok dan cantik, nak tak nak aku buka jugalah walau badan aku rasa dah tak terdaya lagi.
Lepas aje selesai angkat mengangkat katil,tanpa membuang masa aku memelapkan mata aku yang dah tahap gaban dia punya mengantuk. Punyalah senang aku tidur sampai tak tahu apa yang berlaku kat luar rumah, sedar - sedar dah pukul 6.30 petang.
Lepas aje sembahyang Maghrib aku pun mulalah start pack barang-barang keperluan untuk ke Wales esok. Doakan kami semua selamat dalam perjalanan pergi dan balik. Amin
Posted by MOHD KHUBAIB DAN RUZALINA at 8:15 PM 2 comments
Friday, April 3, 2009
Lawak 4
Kisah sepasang kekasih
Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...
Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie.... begitu pandai berkata-kata
Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah.....bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!
Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.
Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,
Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman....
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie.
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .
Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...
Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!
Pengajaran dari lawak ni, maka fikir-fikirkanlah.
Posted by MOHD KHUBAIB DAN RUZALINA at 3:52 PM 0 comments
Thursday, April 2, 2009
Borak-borak
Tadi kami sekeluarga ke rumah Kak Hajah kerana dijemput makan malam disana. Ramai juga yang berada disana termasuklah kawan-kawan dari brunel dan kawan-kawan dari Malaysia. Berselera sungguh aku makan malam ni. TQ kak Hajah, nanti boleh jemput lagi kami makan.
Selepas aje makan, kami pun berboraklah dalam berbagai-bagai topik. Macam-macam topik yang dibincangkan sehinggalah sampai kepada topik, kenapa orang lelaki di Malaysia takut berkahwin dengan perempuan dari Negeri adat pepatih(N9)?
Jawapan yang biasa aku dengar dan telah dengar lagi dari hasil perbualan tadi ialah takut MASUK SUKU.
Aku pandang Ina, dan Ina pandang aku, lalu rasa nak terkeluar makanan yang telah aku makan disebabkan gelak yang agak terlampau. Ada sejarah sebenarnya dari cerita ini.
Maka fikir-fikirkanlah...
Posted by MOHD KHUBAIB DAN RUZALINA at 11:58 PM 5 comments
Wednesday, April 1, 2009
Macam-macam hal
Sedang aku makan dengan keluarga tetiba hp isteriku berbunyi. Panggilan dari seorang kawan menyatakan anak buahnya terkena histeria kat Brunei Hall. Yang tak bestnya dia minta aku pergi sana cuba ubatkan anak buahnya yang terkena histeria tu.(kena jadi bomoh) Tanpa bertanya dengan aku Ina pun terus setuju.
Kau ingat abang ni bomoh ke? Itulah jawapan yang keluar dari mulut aku. Sambil tergelak sampai nak pecah perut. Tapi disebabkan Ina dah janji nak tolong, maka aku terpaksalah pergi kat sana.
Apabila tiba aje kat sana aku dah dengar budak ni dah meracau-racau. Ramai juga warga-warga Brunei yang ada kat situ yang membantu membaca ayat-ayat al-Quran. Bila ditanya rupa-rupanya budak ni dah kena petang tadi.Dah nak hampir 5 jam budak ni meracau. Disebabkan aku takde pengalaman dalam bidang ni, maka aku cuma mampu membaca ayat-ayat yang aku tahu aje. Tapi Allah tu maha berkuasa sebab aku datang bersama seorang pak kiyai yang agak handal jugalah dalam bidang ini. Maka dengan izin Allah budak tu dah sedar dari rasukan syaitan tak lama selepas itu.
Sebenarnya disebalik peristiwa itu aku dapat simpulkan bahawa setiap manusia Allah telah beri kelebihan yang kadang-kadang dia sendiri tidak tahu apakah kelebihan yang ada pada diri mereka sendiri atau mereka tahu yang kelebihan itu ada, akan tetapi ia tidak digunakan atau disalah gunakan.
Maka fikir-fikirkanlah.
Posted by MOHD KHUBAIB DAN RUZALINA at 9:43 PM 0 comments
Rumah sewa
Sekarang ni dok tengah sibuk cari rumah sewa. Setakat ni dah banyak agent yang dah kami hubungi. Ada yang boleh pakai dan ada yang harus di tong sampahkan selama-lamanya. Kalau dulu masa baru-baru sampai, bila dengar aje nama student yang nak menyewa, memang payah. Sombong nak mampus, dia ingat student Malaysia tak de duit ke?
Tapi sekarang dengan keadaan ekonomi mereka yang tak begitu baik, agent yang sombong pun dah jadi sopan santun. Maksud aku dah boleh terima studentlah. Rumah pun makin hari makin banyak untuk disewa. Kalau tengok kat right move, setiap hari mesti ada rumah baru untuk disewa. Aku pulak yang payah nak pilih rumah mana yang sesuai. Tapi yang pentingnya Insyallah kami akan pindah pada akhir bulan april nanti.
Doakan kami dipermudahkan amin
Posted by MOHD KHUBAIB DAN RUZALINA at 9:25 PM 0 comments
